Seramai 10 orang telah terbunuh manakala 23 orang masih terperangkap dalam kejadian runtuhan yang berlaku di sebuah hotel kuarantin pesakit COVID-19 di Quanzhau, China pada Sabtu.

Memetik laporan Reuters, jumlah mangsa yang terperangkap secara keseluruhan dalam bangunan tujuh tingkat itu melibatkan lebih 70 orang.

Menurut Kementerian Pengurusan Kecemasan di Beijing, pihak berkuasa telah berjaya mengeluarkan 48 individu dari kawasan runtuhan itu, 38 dari mereka telah dihantar ke hospital.

Seramai lebih 1000 orang pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota bomba, polis dan responden kecemasan telah menjalankan tugas di lokasi kejadian sejak Sabtu.

Menurut laporan media tempatan, pemilik bangunan tersebut yang dikenali sebagai Yang kini telah dipanggil pihak polis.

Difahamkan, bangunan tersebut runtuh ketika sedang menjalankan proses pengubahsuaian di tingkat pertama.

Dalam perkembangan lain, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia telah mencecah 99 kes setakat hari ini.

Seramai 24 orang dari jumlah itu telahpun sembuh dan dikeluarkan dari hospital.

Sumber : Reuters, Instagram KKM
Foto : says.com