Viral

“10 Orang Termasuk Mutawwif Diminta Keluar Dari Makkah” - Agensi Sahkan Muhammad Sajad Sudah Dibawa Keluar Dari Tanah Suci

gempak
Fiza Kamarudin
03/02/2020
11:09 MYT
Sponsor Banner
“10 Orang Termasuk Mutawwif Diminta Keluar Dari Makkah” - Agensi Sahkan Muhammad Sajad Sudah Dibawa Keluar Dari Tanah Suci
Agensi yang membawa ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mengerjakan umrah, mengesahkan ahli perniagaan itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.
Ia susulan kontroversi usahawan kosmetik itu mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial.
Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan terbabit selepas ia menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak.
“Kami sudah meminta mutawwif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawwif) keluar dari Makkah.
“Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah. Perbincangan lebih banyak menerusi pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Albayt Travel turut meminta Nur Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka khususnya kepada umat Islam di tanah air, susulan kekecohan dan kecaman terhadap video yang dimuat naiknya ke media sosial, baru-baru ini.
“Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air,” katanya.
Jurucakap Albayt Travel turut memaklumkan, dakwaan kononnya Nur Sajat ditangkap polis Arab Saudi belum disahkan kedutaan di sana.
Petang ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jantina usahawan berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024