Skip to main content

Hiburan

Konsert Vaganza Bakal Tampilkan Peserta Gegar Vaganza Fantasia Dalam Persembahan Duet Istimewa

Konsert Vaganza

Sekilas

  • Konsert Vaganza akan dimeriahkan dengan penyertaan peserta Gegar Vaganza Fantasia (GVF) yang akan membuat persembahan duet eksklusif bersama artis terkenal seperti Datuk Ziana Zain dan Jaclyn Victor.
  • Gandingan duet setiap peserta GVF akan diumumkan pada minggu keempat GVF, 29 November 2026, menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi (ALAL).
  • Tawaran diskaun tiket sebanyak 22 peratus dilanjutkan sehingga 29 November 2026, memberi peluang lebih luas kepada peminat untuk menyaksikan konsert ini.
Advertisement

Kemeriahan Konsert Vaganza bakal menjadi lebih luar biasa apabila pentas berprestij itu akan turut dimeriahkan dengan penyertaan barisan peserta Gegar Vaganza Fantasia (GVF), seperti yang diumumkan malam tadi di minggu ketiga GVF. 

 

Advertisement

Bukan sekadar membuat penampilan istimewa, kesemua peserta bakal bergandingan dengan artis-artis Konsert Vaganza termasuk Datuk Ziana Zain, Jaclyn Victor, Tenxi, Noh Salleh dan ramai lagi menerusi persembahan duet eksklusif yang pastinya dinantikan peminat.

 

Gandingan duet bagi setiap peserta GVF ini akan didedahkan minggu hadapan iaitu di minggu keempat GVF pada 29 November 2026 menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi (ALAL). 

Advertisement

 

Setiap gandingan bakal membawa keunikan tersendiri, sekali gus menjadikan persembahan duet ini antara tarikan utama yang dinantikan pada Konsert Vaganza.

 

Dalam pada itu, berita baik turut menanti peminat apabila tawaran diskaun tiket Konsert Vaganza

sebanyak 22 peratus dilanjutkan sehingga 29 November 2026. 

 

Lanjutan ini memberi lebih banyak peluang

kepada peminat untuk mendapatkan tiket dan menyaksikan sendiri kemeriahan konsert tersebut.

 

Menggabungkan barisan artis pilihan bersama peserta GVF dalam satu pentas, Konsert Vaganza bakal menjanjikan pengalaman muzik yang lebih istimewa dengan persembahan duet unik serta pelbagai kejutan buat para peminat.

 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Konsert Vaganza dengan mendapatkan tiket anda sekarang menerusi www.ticketmelon.com.

 

Untuk maklumat lanjut, layari gempak.com.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement