Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: “Kami Banyak Potong Markah Dia Sebab…” - Tok Ram

Tok Ram

Sekilas

  • Ketua juri GV Fantasia, Datuk Ramli MS, menegur Mawi kerana menyelitkan alunan selawat tanpa makluman ketika persembahan lagu Intifada, menyebabkan markahnya dipotong.
  • Ramli menjelaskan jika diberitahu awal, muzik boleh disusun semula agar sesuai dengan elemen kerohanian yang ingin disampaikan.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan barisan juri dan hos popular, bersiaran setiap Ahad di Astro Ria.
Advertisement

Ketua juri Gegar Vaganza Fantasi (GVF), Datuk Ramli MS menegur tindakan penyanyi Mawi yang menyelitkan alunan selawat di pertengahan persembahan lagu Intifada pada konsert minggu ketiga.

 

Advertisement

Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram, 67, berkata, tindakan tersebut dilakukan tanpa pengetahuannya kerana Mawi tidak memaklumkan perkara berkenaan ketika sesi raptai.

 

Jelasnya, situasi itu menyebabkan barisan juri terpaksa memotong banyak markah kerana susunan muzik yang digunakan tidak bersesuaian dengan elemen kerohanian yang cuba diketengahkan menerusi alunan selawat tersebut.

Advertisement

 

“Di tengah-tengah persembahan itu, kami banyak potong markah dia pada bahagian selawat tersebut sebab masa raptai saya tidak dengar perkara itu.

 

“Kalau saya dengar awal, saya tidak akan beri muzik begitu. Jadi apabila tiba-tiba dia keluarkan bahagian itu, kami memang banyak potong markah di situ,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada sidang media, Ahad.

 

Menurut Tok Ram, jika perkara itu dimaklumkan lebih awal, pihaknya boleh menyusun semula muzik agar lebih harmoni dan bersesuaian dengan alunan selawat serta elemen Islamik yang ingin disampaikan.

 

“Intifada adalah satu hal lain yang berkisar tentang perjuangan menuntut keadilan dan pencerahan, tetapi apabila dia keluarkan selawat di situ, saya rasa ia tidak sepatutnya ada.

 

“Kalau dia beritahu saya awal, tidak akan ada muzik sebegitu dan kita akan asingkan susunannya kepada muzik sufi atau Islamik,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Tok Ram menyifatkan tindakan Mawi yang tidak memaklumkan perubahan tersebut ketika raptai sebagai kurang manis, lebih-lebih lagi apabila ia hanya dilakukan ketika persembahan secara langsung.

 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua peserta supaya bersikap telus dan memaklumkan sebarang perubahan atau elemen tambahan yang ingin dimasukkan dalam persembahan masing-masing ketika sesi latihan.

 

“Sebab itu saya sudah pesan tadi, semasa sesi raptai anda kena beritahu apa yang mahu dilakukan dan jangan sembunyi-sembunyi simpan.

 

“Kurang manis apabila dia tidak cakap semasa raptai, sebaliknya terus menyanyikan bahagian itu secara langsung. Untuk tontonan umum tindakan sebegitu memang kurang manis,” tegasnya.

 

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

 

Empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7, dan Ara Johari (AF2016) turut menjadi bintang sama-sama berentap di pentas GV Fantasia. 

 

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

 

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

 

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia. Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

 

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

 

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement