Laman Utama

10 Tips Tipu Bini: Brother Love Ni Memang Legend, 10 Tips 10 'Pesen' Dia Bagi!

gempak
Fiza Kamarudin
19/01/2021
12:11 MYT
Sponsor Banner
10 Tips Tipu Bini: Brother Love Ni Memang Legend, 10 Tips 10 'Pesen' Dia Bagi!
Masih kekal di tangga pertama carta Top 5 Astro First, watak Brother Love yang dipegang Datuk Awie 10 Tips Tipu Bini menjadi perhatian penontonnya.
Mana tidaknya, dalam pada berkongsi tips kecurangan kepada para suami Brother Love tetap menjaga penampilan diri.
Kalau anda sudah menonton 10 Tips Tipu Bini, pasti perasan kelibat Brother Love di mana-mana termasuk 10 karakter dan fesyen berbeza yang dibawa!
Ada watak ala Mr Potato, lembut tetapi maintan berjambang, Mask of Zorro, pendita cinta padang pasir dan banyak lagi lah!
Banyak betul idea Brother Love ni demi menjaga hati pelanggan yang ‘subscribe’ 10 Tips Tipu Bini daripada dia tau!
Nampak? Demi nak menjaga hati dan menarik perhatian pelanggan Brother Love akan sentiasa ‘update’ perkembangan terkini dan tidak pernah lewat walaupun sesaat! Hebat!
Tapi agak-agaknya berjaya tak 10 Tips Tipu Bini yang diberi Brother Love kepada Raffi, Jepp dan Kay? Apa reaksi bini-bini mereka? Sedar atau tidak suami sedang menipu?
Tunggu apa lagi? Langgan 10 Tips Tipu Bini sekarang! Dengan RM15 anda boleh tonton 10 Tips Tipu Bini secara berulang-ulang selama 72 jam bersama seisi keluaga.
Filem berdurasi 104 minit ini adalah mengenai tiga sahabat baik iaitu Raffi (lakonan Ropie), Kay (Khir Rahman) dan Jepp (Joey Daud) yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di agensi pengikanan Grand Poyo Advertising & Events milik Datuk Dean (Azlee Senario).
Walaupun memiliki kerjaya hebat, apabila di rumah masing-masing takut dengan isteri.
Mereka juga mempunyai kelab motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson diberi nama Dubuk Liar. Namun, dalam masa sama mereka turut mengalami krisis pertengahan usia yang sering dialami segelintir lelaki di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.
Semuanya berubah dengan kehadiran tiga gadis cantik yang menjalani latihan praktikal di syarikat tempat mereka bekerja.
Dari situ, Raffi, Kay dan Jepp mula memasang niat nakal untuk memikat tiga gadis itu untuk dijadikan kekasih masing-masing.
Namun, masalah terbesar mereka ialah untuk 'menipu' isteri masing-masing. Pelbagai taktik digunakan antaranya 10 tips yang diperoleh daripada pakar cinta iaitu Brother Love!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live