Skip to main content

Fesyen

Hitam Putih Jadi Pilihan! Ini Fakta Menarik Koleksi Syomsz Di Fashionably Modest Asia 2026

Hitam Putih Jadi Pilihan! Ini Fakta Menarik Koleksi Syomsz Di Fashionably Modest Asia 2026

Sekilas

  • Syomirizwa memperkenalkan koleksi hitam putih pertama jenama Syomsz di Fashionably Modest Asia 2026 sebagai kelainan dari warna-warna cerah biasa.
  • Koleksi ini menampilkan tujuh rekaan yang boleh digayakan sehingga 24 cara berbeza, menekankan konsep keharmonian cahaya dan kegelapan serta versatiliti pakaian.
  • Jenama Syomsz kekal mesra jantina, saiz, dan keperluan pemakai sambil menggalakkan kelestarian dengan penggunaan pakaian yang boleh dipakai berulang kali dan pelbagai gaya.
Advertisement

Pereka fesyen, Syomirizwa tampil dengan kelainan apabila mempersembahkan koleksi penuh hitam putih pertamanya menerusi jenama Syomsz pada acara Fashionably Modest Asia 2026.

Menurutnya, pemilihan warna tersebut dibuat bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahu melihat sisi berbeza jenamanya.

Advertisement

“Untuk koleksi tahun ini, kita mahu buat kelainan kerana orang selalu mengaitkan saya dengan warna. Sebut sahaja Syomsz, mereka ingat hijau, fuchsia dan oren.

“Bertemakan konsep kesopanan serta mengambil kira permintaan orang ramai yang selalu bertanya kenapa tidak buat hitam, kali ini kita hadiahkan koleksi hitam putih kepada komuniti yang semakin berkembang.

“Sebenarnya, ini koleksi pertama saya yang ditampilkan sepenuhnya dalam warna hitam putih,” katanya.

Advertisement

Syomirizwa berkata, koleksi tersebut mengetengahkan keharmonian antara cahaya dengan kegelapan.

“Ceritanya mengenai kuasa cahaya dan kegelapan. Daripada melihat kedua-duanya sebagai sesuatu yang negatif atau positif, saya mahu menunjukkan keharmonian.

“Kita memerlukan kegelapan dan juga cahaya. Begitulah ceritanya,” ujarnya.

Menariknya, hanya tujuh rekaan dihasilkan, namun kesemuanya boleh digayakan sehingga menjadi 24 penampilan berbeza.

Menurut Syomirizwa, pendekatan tersebut memberi kebebasan kepada pemakai untuk menyesuaikan busana mengikut cita rasa masing-masing.

“Ini satu koleksi dengan tujuh rekaan sahaja, tetapi saya mahu menunjukkan betapa versatilnya rekaan tersebut. Tujuh rekaan ini boleh menghasilkan sehingga 24 gaya.

“Satu baju boleh digayakan dengan dua atau tiga cara. Seperti baju yang saya pakai, bahagian depan juga boleh dipakai di belakang.

“Ada gaun boleh dijadikan kot, kot pula boleh dipakai sebagai gaun. Boleh pakai belakang atau depan. Itu yang saya mahu tunjukkan,” jelasnya.

Dalam masa sama, Syomirizwa mengekalkan identiti jenama yang mesra pelbagai jantina, saiz serta keperluan pemakai.

“Keistimewaan pertama ialah saya memperlihatkan sudut pandang menghasilkan koleksi hitam putih buat kali pertama.

“Kedua, identiti kita mesra jantina, mesra ibu hamil, mesra umrah dan mesra saiz. Apa-apa saiz pun boleh pakai.

“Kalau mahu berkongsi baju dengan teman lelaki atau suami pun boleh. Memang itu identiti kita,” katanya.

Tambahnya, kebolehan menggayakan sehelai pakaian dengan pelbagai cara turut selari dengan usaha jenama tersebut menggalakkan kelestarian.

“Jenama kita tidak menggunakan plastik dan menggalakkan kelestarian.

“Jadi saya rasa antara cara mengamalkan gaya hidup lestari ialah memakai satu baju dengan pelbagai gaya atau memakainya berulang kali,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Women Ladies Retro Round Neck Sleeveless Sweater Embroidered Twist Knit Cardigan

Women Ladies Retro Round Neck Sleeveless Sweater Embroidered Twist Knit Cardigan

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Must Watch Video

Advertisement