Penerbit 10 Tips Tipu Bini, Datuk Awie terharu apabila filem sulung syarikatnya Rumah Produksi Merah mencecah kutipan sebanyak RM1juta.
Awie ketika dihubungi mengucapkan rasa syukur dan menganggap segalanya rezeki daripada Allah SWT.
“Alhamdulillah, rezeki daripada Allah. Permulaan yang baik bagi 2021. Tak dapat saya ungkap dengan kata-kata nikmat daripada-Nya.
“Rezeki berganda oleh yang maha Esa. Saya ada anak baru dan kutipan 10 Tips Tipu Bini juga memberangsangkan.
“Sesungguhnya saya terharu dengan sokongan diberikan para penonton, terima kasih kepada anda semua,” katanya.
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai kritikan yang diberi penonton terhadap 10 Tips Tipu Bini, Awie berkata dia menerimanya dengan hati terbuka.
“Daripada pada awal lagi saya sudah bersedia. Kerana bagi saya selera orang itu masing-masing. Saya terima semua kutukan yang baik mahupun yang buruk secara terbuka.
“Semuanya adalah semangat buat saya untuk menerbitkan karya-karya yang lebih baik pada masa akan datang.
“Lagipun, tanpa penonton siapalah Rumah Produksi Merah dan 10 Tips Tipu Bini. Terima kasih kepada anda semua,” katanya positif.
Awie turut mengucapkan terima kasih kepada semua team produksi yang bertungkus lumus menyiapkan 10 Tips Tipu Bini.
“Terima kasih kepada pengarah, keluarga Rumah Produksi Merah, para pelakon, krew-krew yang telah banyak berkorban masa dan bertungkus lumus menyiapkan filem ini.
“Tidak lupa kepada keluarga, sahabat handai yang menjadi tulang belakang. Rakan-rakan wartawan yang memberikan ulasan dan penulisan terbaik buat filem sulung saya jasa anda hanya Allah membalasnya.
“Dan tentunya ucapan terima kasih kepada Astro First dan Astro Shaw kerana memberi platform dan kepercayaan kepada saya untuk filem ini,” katanya.
Fiza Kamarudin
Sun Feb 07 2021


Pergi Umrah Sebab Trend? Ustaz Kecewa Jemaah Hanya ‘Rajin’ Ketika Di Tanah Suci, Bila Pulang Ke Kampung…
Ustaz ini menganggap ramai mengerjakan umrah kerana trend

KL Dijangka Sesak, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini
Rancang perjalanan anda

Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”
Peringkat akhir America Got Talent (AGT) musim ke-18 melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang tidak berpihak kepada peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani.

Sepatutnya Ayda Jebat Sambut Kelahiran Anak Ke-2 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Tetapi…
Ini sebabnya

“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
Macam tak lama lagi je...

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”
Wah banyaknya!

Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Semoga Sweet dikurniakan zuriat.

GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan