Skip to main content

Filem

FFM35: Malam Terlarang Bawa Aila Azizul Raih Trofi Pelakon Wanita Harapan

FFM35: Malam Terlarang Bawa Aila Azizul Raih Trofi Pelakon Wanita Harapan

Sekilas

  • Aila Azizul dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Harapan menerusi filem sulungnya, Malam Terlarang, pada FFM35 di Istana Budaya.
  • Aila mengucapkan terima kasih kepada FINAS, Astro Shaw, dan arwah Nurhanisham Muhammad yang memberi peluang berlakon dalam filem tersebut.
  • Filem seram Malam Terlarang juga memenangi trofi Kesan Khas Visual Terbaik dan dibintangi oleh Zul Ariffin, Sofia Jane, dan lain-lain.
Advertisement

Pelakon, Aila Azizul dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Harapan menerusi filem sulungnya, Malam Terlarang, pada Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) di Panggung Sari, Istana Budaya, malam ini.

Ketika menerima trofi di atas pentas, Aila meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada FINAS, Astro Shaw serta Allahyarham Nurhanisham Muhammad atau Labu, yang memberinya peluang berlakon dalam filem tersebut.

Advertisement

“Terharu sangat. Terima kasih kepada FINAS, Astro Shaw, arwah Abang Labu untuk peluang filem pertama saya.

“Shoutout to my mom, selalu di sisi saya. Especially untuk arwah ayah saya, this is for you,” katanya.

Aila mengatasi empat calon lain iaitu Samara Kenzo (Indera), Faye An Ying Fei (Circus of Life), Yy Aleyqa (Denu) dan Dina Allysha (Mak #SalamDariSyurga).

Advertisement

Filem seram terbitan Astro Shaw itu turut meraih trofi Kesan Khas Visual Terbaik menerusi Ameen Mustajab.

Filem seram terbitan Astro Shaw itu merupakan arahan Allahyarham Nurhanisham Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Labu.

Malam Terlarang dibintangi Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Haneesya Hanee dan Sabri Yunus.

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement