Skip to main content

Trend Pasaran

11 Individu Kantoi Rekod Filem Avengers: Endgame? Nak Kasi Siapa Tengok Tu?

untitled-design-(12).jpg
Bila menyentuh tentang filem Avengers: Endgame, maka ramai lah yang mahu menjadi individu terawal menonton filem itu.
 
Tidak kurang juga ramai yang berlumba-lumba untuk memberikan spoilers.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Screenshot. Share. #DontSpoilTheEndgame

A post shared by Marvel Entertainment (@marvel) on

 
Namun tidak cukup dengan spoilers, rupanya ramai yang berdegil apabila cuba merekod filem terbabit di dalam pawagam.
 
Menurut laporan Harian Metro, seramai 11 individu telah diberikan amaran selepas dikesan cuba merakamkan filem ‘Avengers : Endgame’ pada hari pertama ditayangkan di pawagam di Johor.
 
Ia susulan pemeriksaan dilakukan  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor di pawagam terpilih.
 
Bagaimanapun katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat.
 
Dalam pada itu, tiket tayangan Avengers: Endgame yang mula dijual di negara ini sejak 2 April sudah mencecah lebih RM10 juta.

Sumber Gambar: China Press

Advertisement

Must-Watch Video