Jika anda membesar sekitar tahun 90an, pastinya anda masih teringat filem Hellboy yang ditayangkan pada 2004 dan 2008. Figura lelaki merah berbadan sasa dengan tanduk yang telah dipotong di kepalanya. Siapa boleh lupa bukan?

Namun itu 11 tahun yang lalu dan kini tiba masanya filem terbaru Hellboy menjengah pawagam dengan penampilan yang lebih 'fresh'. Filem ini telah pun mula ditayangkan pada 11 April dan jika anda masih tertanya-tanya sama ada mahu menonton atau tidak, ini antara yang anda perlu tahu.

#1 PENAMPILAN LEBIH 'JAHAT' DAN 'BAD ASS"

Bagi yang tidak tahu, Hellboy 2019 ini bukanlah satu filem sekual sebaliknya Gempak difahamkan ia adalah versi 'reboot'. Namun perkara yang menarik perhatian kami adalah rupa paras terbaru Hellboy. Serious nampak lebih 'jahat' dan ganas!

Buat pertama kalinya Hellboy diterjemahkan dengan rupa paras berambut panjang, berbeza sama sekali dengan figura filem lama.

#2 LEBIH AKSI DAN THRILL

Lihat trailer filem ini saja sudah mendebarkan apatah lagi jika melihat aksi keseluruhan. Pelakon utamanya, David Harbour sendiri menyifatkan
aksi pertarungan dilakonkan sangat ‘gila’ sehinggakan terasa seperti benar-benar membunuh raksasa, gergasi atau kepala dipancung.



#3 PENAMPILAN KHAS MILA JOVOVICH

Come on, siapa yang tidak kenal aktres ini yang popular dengan watak Alice menerusi filem Resident Evil. Kini anda boleh lihat bagaimana bekas supermodel ini menjelma sebagai watak antagonis, Blood Queen!

#4 LAWAK BERSAHAJA

Jika anda pernah menonton filem Hellboy sebelum ini, anda pastnya melihat karakter Hellboy ini tidaklah begitu serius. Malah ia sangat berbeza dengan rupa parasanya yang garang itu.

Lawak bersahaja tanpa dialog berlebihan ditonjolkan dalam filem ini. Oleh itu jangan risau jika anda menganggap filem ini satu filem yang berat.

SIPNOSIS: Hellboy dilakonkan oleh David Harbour telah mengetahui bahawa Nimue atau Blood Queen, seorang ahli sihir jahat telah bangkit semula selepas tubuh badannya yang terpisah telah dicantumkan semula oleh seekor raksasa. Menyedari akan hal itu, Hellboy harus mencari jalan untuk menghentikan perbuatan Nimue yang ingin membalas dendam pada dunia dengan sumpahannya. Pertarungan Hellboy turut dibantu oleh dua sahabatnya yang mempunyai kekuatan yang luar biasa.