Nusantara
12 Tahun Bercerai, Bekas Isteri, Maia Estianty Tolak Satu Pentas Dengan Ahmad Dhani
Pemuzik wanita Indonesia, Maia Estianty menolak permintaan salah seorang anaknya, Dul Jaelani untuk membuat persembahan di atas satu pentas yang sama dengan mantan suaminya, Ahmad Dhani.
Dul atau nama sebenarnya, Abdul Qodir Jaelani diketahui akan membuat konsert dengan judul Segitiga Sang Pemuja. Jadi, selain ayahnya, Dhani, dia juga mahu menjemput ibunya, Maia untuk sama sama membuat persembahan dalam konsert tersebut.
Biarpun dipujuk beberapa kali, namun Maia yang bercerai dengan pengasas grup Dewa 19 itu pada tahun 2008 tetap menolak.
"Memang ada masalah kalau ibu kena satu pentas dengan ayah?" tanya Dul selepas Maia menolak permintaannya.
Maia kemudian menjelaskan, dia menolak permintaan tersebut kerana mereka sudah mempunyai kehidupan dan pasangan masing masing.
Dhani sudah menikah sejak lama dengan bekas rakan duonya di kumpulan Ratu, Mulan Jameela. Maia sendiri sedang bahagia selepas menikah bersama usahawan kaya, Irwan Mussry.
"Bukan begitu, kami sudah punya pasangan masing masing," terdengar Maia menjawab persoalan Dul dalam saluran YouTube MAIA ALEDUL TV.
Anak bongsunya dari hasil perkahwinan bersama Dhani itu tetap memujuk.
"Kan physical distansing. Nyanyi jauh jauh, demi anak," desaknya lagi.
Namun Maia tetap enggan memenuhi permintaan Dul. Dia malah meminta anaknya itu menghormati keputusan dan kehidupan kedua ibu dan bapanya yang telah berpisah.
"Tidak, kamu harus bijak menghargai dan menghormati bahawa kedua orang tua kamu sudah punya kehidupan dan pasangan masing masing ya," kata Maia.
Selain Dul, Maia yang bernikah dengan Dhani pada tahun 1994 mempunyai dua lagi anak lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali dan Ahmad El Jallaludin Rumi.
Instagram: @duljaelani
Must-Watch Video