Skip to main content

Berita

Kos Sara Hidup Cabaran Buat Pelajar, Ammar Bantu Mahasiswa Yang Memerlukan

Kos Sara Hidup Cabaran Buat Pelajar, Ammar Bantu Mahasiswa Yang Memerlukan

Sekilas

  • Muhammad Ammar Mohd Zulkefli, ahli MPP UMK, berkongsi cabaran kos sara hidup yang tinggi di kalangan pelajar universiti.
  • Walaupun ramai pelajar menghadapi kesusahan, mereka lebih suka merahsiakan masalah tersebut daripada orang lain.
  • Ammar aktif membantu pelajar memerlukan dan menerima sokongan seperti baucar dan komputer riba melalui program bantuan McDonald’s Malaysia.
Advertisement

Seorang mahasiswa yang juga ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK),  Muhammad Ammar Mohd Zulkefli berpendapat kos sara hidup yang semakin meningkat merupakan satu cabaran besar bagi kebanyakan pelajar di universiti.

Ujar Ammar, meskipun pelajar berdepan dengan masalah kesusahan hidup, mereka lebih memilih untuk merahsiakan keadaan tersebut daripada pengetahuan orang lain.

Advertisement

“Saya tahu ada orang yang lagi susah daripada saya.

“Zaman sekarang barang semua mahal, so nak beli barang tu kena fikir dua tiga kali.

“Ada kalanya kami (MPP) jumpa pelajar-pelajar yang tidak mahu orang tahu mereka sedang susah dan sebagainya,” katanya.

Sebagai MPP, Ammar berpendapat bahawa sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membawa suara mahasiswa dengan menyampaikan pendapat mereka kepada pihak universiti.

Ujar Amar, membantu mahasiswa yang memerlukan bukan sekadar tanggungjawab sebagai wakil pelajar, sebaliknya ia merupakan sifat dalam dirinya yang tidak sanggup melihat orang lain berada dalam kesusahan.

“Kami (MPP) turun padang untuk mengenal pasti ada tak isu-isu yang timbul dalam kalangan mahasiswa.

“Saya kena bantu selesaikan masalah yang ada dalam universiti khususnya masalah yang melibatkan pelajar.

“Sebab saya jenis tak boleh tengok orang susah. Dah memang tanggungjawab saya sebagai MPP untuk membantu pelajar,” ujarnya.

Sementara itu, Ammar yang merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik turut menerima baucar menerusi Program Santun Pelajar Mekdi.

Advertisement

Selain menerima bantuan berkenaan, Ammar turut membawa suara mahasiswa menerusi peranannya sebagai wakil MPP.

Dia juga menerima sokongan komputer riba melalui zakat wakalah sempena Majlis Penyerahan Zakat Korporat McDonald’s Malaysia di Kelantan.

Bantuan berkenaan dilihat sebagai antara bentuk sokongan dalam membantu memenuhi keperluan pelajar, khususnya dalam meneruskan pengajian dan kehidupan sebagai mahasiswa.

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by McDonald’s (@mcdonaldsmalaysia)

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement