Sekilas
- Chech Harith menegaskan minat terhadap selebriti perlu ada batas dan tidak patut melibatkan kehidupan peribadi mereka secara mendalam.
- Beliau mengingatkan peminat supaya fokus pada karya seni selebriti dan tidak terlalu obses dengan latar belakang keluarga mereka.
- Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Chech bahawa minat terhadap selebriti harus dikawal supaya tidak berlebihan.
Pelakon baharu, Chech Harith pendapatnya minat terhadap seseorang selebriti perlu mempunyai batas dan tidak seharusnya melampaui batas.
Menurut Chech, setiap individu itu harus menyokong kerjaya seseorang selebriti secara tidak berlebihan sehingga mahu mengambil tahu mengenai kehidupan peribadi mereka dengan lebih mendalam.
“Kenapa kita nak kaji salasilah keluarga dia pula? Kan? That’s not that’s not the, the math is not math-ing.
“Kita minat dia, tapi kita nak kaji salasilah keluarga dia, dia bukannya nabi guys.
“Faham tak? Dia sekadar selebriti yang mempamerkan karya-karya, kerja-kerja seni dia,” kongsinya.
Dalam masa yang sama, pelakon drama KUDRAT 1968: High Council ini menitipkan pesan kepada peminat agar tidak berlebihan dalam menunjukkan minat mereka terhadap selebriti yang disukai.
“Saya rasa minat itu kena ada limit lah, betul tak? Kita kena setkan limit,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan dan pendapat yang diberikan Chech.
Sumber: Threads