Kisah seorang isteri meminang isteri kedua yang juga sahabat baiknya semalam sempat menjadi bualan netizen.

Ramai yang ingin tahu adakah pernikahan si suami iaitu Mohd Loqman Mohd Salleh, 38, dengan isteri kedua mungkin disebabkan mengalami masalah dalam perkahwinan pertama.

BERITA TRENDING: Alif Teega Setuju Serah Aset 100% - “Aisyah Dah Jalankan Tanggungjawab Isteri Dengan Sangat Baik

Loqman yang juga merupakan seorang mutawif memberitahu hidup bahagia dengan isteri pertama.

Mereka telah melayari perkahwinan selama 12 tahun dengan dikurniakan tiga orang cahaya mata berusia 11 hingga empat tahun.

Namun dia menerima hasrat isterinya untuk meminang isteri kedua sebelum majlis pernikahan mereka diadakan di sebuah masjid pada 24 Disember lalu.

Menurutnya, biarpun pada awalnya ia merupakan perancangan isteri pertama, namun hasrat untuk berpoligami perlu mendapatkan keizinan terlebih dahulu darinya.

"Nasihat saya kepada lelaki yang ingin berpoligami bercakap benar, insya-ALLAH akan kekal hingga ke Jannah," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

BERITA TRENDING: Aisyah Hijanah Kongsi Berita Gembira, Harta Sepencarian, Termasuk Aset & Share Perniagaan Kini…

Tambahnya, pada majlis akad nikah itu isteri pertama turut hadir mengenakan jubah berwarna putih sedondon dengan isteri kedua.

“Ini pernikahan bukan kerana saya sahaja, namun meraikan juga isteri pertama menyambut kehadiran madu dengan memberi laluan buat madu berkongsi kebahagiaan bersama," katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian