,
Berita

13 Kanak-Kanak Pesakit Atrofi Otot Spina Perlu Dana RM765,000 - "Rawatan Ni Penting Untuk Selamatkan Nyawa Mereka"

Amri Hassan
21/01/2024
11:32 MYT
13 kanak-kanak yang terdiri daripada pesakit Atrofi Otot Spina (SMA) memerlukan dana sebanyak RM765,000 bagi menampung kos rawatan iaitu mendapatkan ubat Spinraza.
Menurut Presiden SMA Malaysia (SMAM), Shakira Jamil Fisal, kanak-kanak yang tersenarai ini, perlu mendapat rawatan ubat Spinraza dengan segera bagi mengelakkan tahap kesihatan mereka makin merosot.
Kata Shakira, rawatan spinraza sangat penting untuk meningkatkan kefungsian otot, menghentikan atau memperlahankan perkembangan penyakit dan untuk memanjangkan jangka hayat mereka.
"Kesemua 13 kanak-kanak ini menghidap penyakit yang jarang dijumpai iaitu SMA. Sebahagian kanak-kanak ini bergantung harap dengan bantuan mesin pernafasan untuk terus hidup.
"Terdapat rawatan yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak ini dan antaranya tiga jenis ubat iaitu nusinersen (Spinraza) berjumlah anggaran RM300,000 untuk enam suntikan, onasemnogene abeparvovec-xioi (Zolgensma) berjumlah anggaran 1.7Juta usd and risdiplam (Evrysdi).
"Jadi kita harap pelbagai pihak dapat memberikan sumbangan kerana dana yang tidak cukup lagi cuma berjumlah RM765,000 sahaja. Rawatan ini penting bagi menyelamatkan nyawa mereka," katanya.
Dalam pada itu, SMAM turut mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada Yayasan Luth untuk sama-sama membantu mengumpul dana yang masih belum mencukupi.
Menerusi usahasama Yayasan Luth dan SMAM, kami harap dapat membantu mengumpul dana perubatan dan rawatan pesakit pengidap penyakit SMA ini.
Pihak Yayasan Luth juga melancarkan Misi Bantuan Kecemasan Kanak Kanak SMA di platformnya. Bagi yang ingin membuat sumbangan boleh layari https://yayasanluth.com/tabung-dana-kecemasan/.
Pihak Yayasan Luth juga melancarkan Misi Bantuan Kecemasan Kanak Kanak SMA di platformnya. Bagi yang ingin membuat sumbangan ke Bank Islam 14023010057913 (Yayasan Luth)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Berita

Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

gempak
18/11/2024
04:50 MYT
Bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sebuah sekolah menengah di Sri Gading, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, hari ini, atas 63 pertuduhan amang seksual bukan fizikal termasuk memiliki video pornografi kanak-kanak.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

“Semoga Kita Sihat Supaya Mampu Berdikari, Tak Perlu Bantuan Orang Lain Untuk Beli Hermes” - Fiza Frizzy

gempak
09/10/2024
09:55 MYT
Pengacara, Fiza Frizzy tampil memberikan komennya mengenai isu yang didakwa sedang panas di media sosial.
Unitar