Skip to main content

Budaya Popular

14 Karya Astro Tercalon Dalam ContentAsia Awards 2024

astro-gempak-content-asia-awards.png

Astro telah berjaya memperoleh 14 pencalonan pada Anugerah ContentAsia pada tahun 2024.
 
Anugerah berprestij tersebut mengetengahkan kandungan dan pencapaian bakat dari pelbagai platform di seluruh rantau Asia, ContentAsia Awards.

 Jom Gempak kongsikan 14 karya hasil keluaran Astro yang berjaya tercalon di ContentAsia Awards: 
 
1. Drama/Siri Peringkat Pendek Asia Terbaik
- Hype Hafiz (Astro Gempak)
- ⁠The Mosque Kiblatku (Astro Gempak)
 
2. Reka Bentuk Bunyi Terbaik untuk Program/ Siri TV Asia
- Ayiem Ismail untuk drama ID
 
3. Lagu Asal Terbaik untuk Siri TV/ Program atau Filem Asia
- Ayuh OST (PE3)
 
4. Siri Drama Terbaik yang dibuat untuk Pasaran Tunggal di Asia
- Gamers Mangkuk
 
Imbas semula, pada tahun lalu Astro berjaya merangkul lima anugerah pada ContentAsia Award ke-4 di Bangkok.

Astro membawa pulang dua anugerah perak dan tiga gangsa menerusi kandungan premiumnya.
 
Tahun lalu menyaksikan pelakon Naim Daniel menerusi Projek High Council dalam kategori pelakon pembantu lelaki terbaik.
 
Selain itu drama Liar, adaptasi format TV (Skrip) terbaik di Asia, yang merangkul anugerah perak, program bual bicara terbaik Asia, Next To Neelofa musim kedua, Lagenda Puteri Qaseh untuk program TV kanak-kanak terbaik Asia serta Lebai Sampan bagi filem dan telemovie terbaik Asia masing-masing membawa pulang gangsa.

Must-Watch Video

Advertisement