Laman Utama
“14 Tahun.. Bersama Alumni” - Alif Satar Kongsi Foto Kenangan Rancangan Realiti One In A Million
Penyanyi dan pengacara Alif Satar mencuri tumpuan wargamaya apabila berkongsi momen sewaktu menyertai pertandingan realiti nyanyian One In A Million (OIAM) pada tahun 2006.
Menerusi laman sosial Instagram, Alif memuat naik foto bersama teman seperjuangan Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah untuk tatapan umum.
“14 years of glow up. Bersama alumni One In A Million @faizaltahir @dayangsayangkamu sejak 2006,” tulis Alif di ruangan kapsyen.
Istimewanya lagi, momen tersebut berulang kembali apabila alumni OIAM tersebut kini berkongsi pentas yang sama iaitu Big Stage 2020.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap bakat besar Alif, Faizal dan Dayang yang membuatkan tiga bintang itu kekal bertahan sehingga sekarang.
Malah, ramai juga yang berkongsi kenangan mereka menonton OIAM pada tahun tersebut.
“Bagus, tiga-tiga ada peningkatan yang jelas dan kekal relevan dalam bidang yang diceburi,” puji seorang wargamaya.
“OIAM lahirkan bintang berbakat besar,” kata seorang wargamaya.
“Sekarang Dayang dengan Faizal duduk sebaris dengan Datuk Syafinaz haha. Dulu teruk kena kritik dekat OIAM. Paling tak boleh lupa Alif suka terkangkang bila menyanyi, sampai sekarang ingat,” luah seorang wargamaya.
“Masya-Allah tiga-tiga Allah kurniakan suara yang sedap dan power. Minat gila dari zaman menonton OIAM,” komen seorang wargamaya.
“Tak minat Alif masa ni. Dengam braces, rambut ayam eh mamat ni tiada masa depan. Sekali kau, elok ya!” usik seorang wargamaya lagi.
Menerusi rancangan realiti yang bersiaran selama 18 episod itu, Faizal menjadi naib juara apabila tumpas kepada penyanyi Suki Low.
Alif pula menduduki tempat ketiga dan Dayang berada di kedudukan keempat.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 62,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Must-Watch Video