Model Katie Price mendakwa dirinya sebagai pemilik payudara terbesar di Britain dengan ukuran 2120 CC menerusi beberapa siri pembedahan yang dilakukan terhadap aset tersebut.

Wanita yang berusia 45 tahun itu mempamerkan payudaranya menerusi perkongsian terkini di media sosial. Menerusi foto yang dikongsi, Price memakai baju kait berwarna hijau dengan payudara yang terlihat cukup besar.

Pada bulan lalu, Price sempat mengatakan terkejut melihat saiz payudaranya sendiri dan menyifatkan ia terlalu besar.

“Payudara saya kelihatan ‘keterlaluan’. Saya baru menyedarinya selepas melihat diri sendiri di cermin,” katanya seperti dilaporkan DailyMail.uk.

Price mengaku telah menjalani sebanyak 16 kali pembedahan untuk mendapatkan payu dara seperti sekarang. Dia mula melakukan pembedahan pertama pada tahun 1998.

Waktu itu Price ‘menukar’ saiz payu daranya daripada 32B C kepada 32C. Dia kali terakhir menjalani prosuder membesarkan payu dara yang juga merupakan kali ke-16 pada 2022 lalu.

BERITA TRENDING: Berdepan Hukuman Penjara, Katie Price Santai Bedah Payudara Kali Ke 13