Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS), 44 sah bergelar suami kepada seorang gadis yang dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud semalam.

Lapor CNN Indonesia, pendakwah yang juga cukup terkenal di Malaysia itu selamat diijabkabulkan dengan gadis berusia 19 tahun.

Sementara itu, menerusi Instagram rasmi miliknya, UAS berkongsi foto majlis pernikahan bersama isterinya dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai.

Foto berkenaan menerima lebih 1 juta tanda suka selain puluhan ribu komen peminat dan pengikutnya yang mengucapkan tahniah selain mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

BACA: Hasil Taaruf, Ustaz Abdul Somad Bakal Nikahi Gadis 19 Tahun

Difahamkan, UAS mengenali isterinya ketika melalui proses taaruf. Diketahui juga gadis tersebut merupakan anak kepada penjual emas yang turut mempunyai ilmu agama yang baik.

Terdahulu, UAS mendirikan rumah tangga dengan Mellya Juniarti pada 2012 sebelum bercerai pada 3 Disember 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mizyan Hadziq Abdillah.

A post shared by UAS عبد الصمد (@ustadzabdulsomad_official)