Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan meluahkan rasa gembira apabila produk tudungnya berjaya terjual sebanyak 20 ribu unit hanya dalam tempoh beberapa jam selepas dilancarkan.

Kata Rozita atau mesra disapa Che Ta, dia dalam masa sama turut bersyukur apabila momentum jualan minyak wangi yang terdahulu dapat dikembalikan sekali lagi bagi jualan tudungnya.

“Alhamdulillah! syukur Allah kembalikan momentum di waktu mula-mula saya keluarkan perfume dulu.

“Saya launching 20 ribu kotak perfume habis dalam masa satu hari dan untuk kali ini sekali lagi produk tudung saya 20 ribu dalam masa dua jam setengah dah habis.

“Saya siap kena maki bila pelanggan tak dapat stok. Dengan kejayaan ini sebenar team juga penting untuk melancarkan perjalanan momentum perniagaan saya ini.

“Perasaan sudah pasti gembira dan bersyukur , memang saya dah target untuk habiskan stok dalam masa yang pantas,” katanya ketika dihubungi Gempak.

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Berkongsi mengenai harga yang ditawarkan kepada orang ramai iaitu hanya RM25 sehelai, Che Ta menjelaskan ia adalah salah satu perkara yang dititikberatkan selain mengambil kira kualiti produknya.

“Apabila saya nak keluarkan sesuatu produk kualiti adalah antara yang saya sangat ambil kira. Apabila kualiti top , harga biasa-biasa siapa yang tak mahu kan?

“Jadi target market juga penting, bila target market saya orang kita-kita sahaja, so harga pun kena lah dengan kita-kita,” tambahnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.