Sebuah lagi naskhah hebat bakal menemani malam penonton bermula 26 Julai ini dengan beragam kisah yang dekat di hati kita semua.
Dengan judul Lockdown, ia sudah cukup memberi gambaran mengenai naskhah yang diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya ini.
Secara umumnya, Lockdown yang akan disiarkan di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 malam mengisahkan kehidupan masyarakat tempatan semasa PKP diumumkan.
Pelbagai kisah menarik dan menghayat hati yang berlaku kepada sesetengah keluarga dan bersama-sama mengharungi suka duka semasa PKP.
Di antaranya adalah tentang seorang anak yang terpaksa menjaga ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer, pasangan yang berusaha untuk meneruskan perniagaan sepanjang PKP, kisah kelakar pasangan yang baru berkahwin dan terpaksa bekerja dari rumah, dan pasangan yang melalui cabaran hidup terutama sekali apabila suaminya mengalami kemalangan.
Namun yang membuatkan naskhah ini bertambah mahal adalah pembabitan 23 pelakon yang bukan calang calang.
Menyebut nama seperti Nabila Huda, Beto Kusyairy, Azizah Mahzan, Zara Zya, Amerul Affendi, Razak Ahmad, Liza Abdullah, Jalil Hamid, Hasnul Rahmat, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sara Ali, Kaka Azraff dan Balkisyh Semundur Khan sudah cukup membuatkan Lockdown tidak layak terlepas ditonton.
Menurut salah seorang pelakon, Izzue Islam, Lockdown sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
"Ini adalah drama yang ringan untu ditonton semua lapisan. Tetapi dalam ringan, ada banyak nasihat dan perkara-perkara baik yang diselitkan. Senang diterima dan membuatkan kita berfikir. Harap dapat dijadikan iktibar," katanya.
Naskhah yang idea asal dengan skrip diberikan oleh Erma Fatima ini malah bukan sebuah fiskyen.
"Lockdown bukan sebuah naskhah fiksyen. Tetapi merupakan realiti dan kesakitan rakyat Malaysia ketika berdepan dengan pandemik COVID 19.
"Dengan kerjasama 23 pelakon hebat dan produksi yang memberi komitmen terbaik, penggambaran drama ini dapat dilunaskan dalam tempoh 24 hari.
"Saya yakin Lockdown akan menang di hati penonton kerana ia cukup dekat di hati kita semua terutama dengan dilema dan situasi yang dihadapi," ujar pengarahnya, Fazli.
Maliah Surip
Thu Jul 22 2021


"Sakit Itu Biar Kami Simpan, Tak Perlu Balas Balik" - Hafiz Mahamad
Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina terus sebar kebaikan.

“Ayah Tak Lawan, Lindung Lengan Kiri & Pinggang Takut Tapak Dialisis Pecah” - Luluh Hati Anak Lihat Bapa Dipukul
Allah... Tergamaknya belasah orang tua sampai macam tu...

Naim Daniel, Datuk Jamal, Faizal Tahir, Raihan Semarakkan Garden Of Eid Festival, Eh Ahmad Pun Adalah!
Ramainya artis top-top gitu.

Caprice Kata Jebat Derhaka 'Feeling' Macam Artis, Tak Berani Datang 'Face To Face' - "Hang Tak Ada Tel*r!"
Caprice jemput Jebat Derhaka face-to-face!

“Ingatkan Raya Je Rupanya Anak Pun Keluar Mengejut” - Anzalna Kongsi Kisah Lucu Bersalin Baby Kedua
Anzalna tak pernah tak lucu haha.
![Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4] Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4]](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1968387/thumbnails/5820789901653362025297_640x390.jpg)
Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4]
Episod akhir kali ni ada tetamu jemputan iaitu "team jahat" . Apa Team Jahat tu nak buat kat team Mizi ni?? Saksikan Mizi Take It Easy setiap Selasa jam 12 tgh di Astro Gempak! #MiziTakeItEasy #GempakOriginalSeries

Ustazah Asmak Husin Tegur Kenyataan Ifa 'Belum Pakai Tudung Tapi Allah Jemput 3 Kali Ke Makkah' - "Tetap Berdosa Walau Dah ..."
Jika kita meninggalkan suruhan Allah tetap berdosa walaupun 10 kali ke Makkah.

“Korang Carikanlah Untuk Kita” - Soal Jodoh, Ziana Zain Tak Berani Nak…
setelah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal...

Keluang Man Bakal Muncul Dengan Live Action! Ramai Dah Tak Sabar, Ini Nama Pelakon-Pelakon Saranan Netizen
Menarik juga nama-nama yang dicadangkan ni.

"Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Ni?" - Alvin Chong Dedah Sering Terima Gambar Kemaluan Lelaki, Perempuan & Budak Sekolah Di DM
Ini nasihat Alvin kepada pengguna media sosial