Skip to main content

Hiburan

Bukan Marketing, Nilam Ortiz Sahkan Dah Bercerai Dengan Azlan Komeng - "Bukan Kerana Orang Ketiga Tetapi..."

Azlan Komeng

Sekilas

  • Nur Nilam Ortiz mengesahkan dia dan Azlan Komeng sudah bercerai secara baik tanpa mendedahkan tarikh atau punca sebenar perceraian.
  • Mereka kekal bersahabat demi kebajikan anak dan menafikan berita perceraian itu sebagai strategi pemasaran perniagaan Nilam.
  • Nilam menegaskan perceraian bukan disebabkan orang ketiga dan tiada pergaduhan berlaku antara mereka.

Teka-teki mengenai status perkahwinan usahawan, Nur Nilam Ortiz dan pelakon, Azlan Komeng terjawab apabila usahawan itu mengakui mereka sudah pun berpisah dengan cara baik.

Memilih untuk tidak berkongsi punca sebenar serta tarikh perceraian mereka, Nilam berkata dia dan Azlan tetap bersahabat baik demi kebajikan anak.

“Kami sebenarnya dah lama bercerai dan saya pun sudah habis idah. Hantaran dan perkongsian itu dibuat adalah untuk mengelakkan daripada ada berlakunya fitnah dan salah faham kalau saya atau abang Azlan dilihat keluar dengan orang lain satu hari nanti.

“Soal bila kami bercerai, biarlah saya dan abang Azlan saja yang tahu. Cukup sekadar masyarakat tahu yang kami sudah berpisah.

“Hubungan kami juga dalam keadaan yang baik dan ketika ini kami memilih untuk menjadi ibu bapa yang baik buat anak kami,” katanya kepada Gempak.

Nilam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sesi media tergempar Nilam Empire yang bertempat di Hotel Olimpik, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam pada itu, Nilam menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan berita perceraian tersebut dibuat hanyalah bertujuan sebagai ‘marketing’ kepada perniagaannya.

“Kalau ini marketing, saya tak akan buat hantaran selepas saya habis tempoh idah sebaliknya akan dibuat sebelum saya bercerai lagi.

“Tetapi saya belajar daripada kesilapan dan mengambil langkah untuk tidak terlalu berkongsi di media sosial dan saya lebih memilih untuk berwaspada dalam apa-apa hantaran yang dibuat di media sosial,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Nilam menjelaskan perceraian yang berlaku bukan berpunca daripada orang ketiga dan tiada pergaduhan yang tercetus antaranya dan Azlan.

“Bukan kerana orang ketiga tetapi biasalah dalam perkahwinan ada masanya kami sendiri tak boleh jelaskan kepada umum sebabnya,” ujarnya.

Terdahulu, hantaran media sosial dibuat Nilam mencetuskan kontroversi dan spekulasi apabila memberi bayangan bahawa dirinya akan hidup seorang diri bersama anak.

Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada September tahun lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Must-Watch Video

Advertisement