Laman Utama
250,000 Orang Beratur Lihat Keranda Ratu Elizabeth II, 26 Juta Tonton Di TV
Dunia baru kehilangan salah seorang figura paling berpengaruh iaitu mendiang Ratu Elizabeth II.
Meninggal dunia pada 8 September lalu di usia 96 tahun, kematian bangsawan dengan nama sebenar Elizabeth Alexandra Mary Windsor itu menjadi kerabat diraja Britain pertama yang memegang takhta sehingga 70 tahun.
Setelah selamat disemadikan bersama mendiang suaminya, Putera Philip di Windsor Castle’s St. George’s Chapel pada Isnin lalu, pihak Britain mengeluarkan jumlah orang awam yang datang memberi penghormatan terakhir buat ratu tersebut.
Menurut laporan AP, seramai 250,000 orang awam telah datang dari pelbagai pelusuk daerah, negeri dan negara untuk melihat mendiang yang diisi di dalam keranda di London Westminster Hall selama empat hari.
Jumlah itu dikeluarkan selepas 19 hari negara tersebut berkabung di atas kematian Ratu Elizabeth II.
Bagaimanapun pihak kementerian percaya jumlah tersebut terus meningkat dan dianggarkan mencecah setengah juta orang awam yang beratur dan menjadi saksi perjalanan terakhir Ratu Elizabeth II pada Isnin lalu.
Terdahulu media melaporkan orang awam sanggup beratur sehingga 13 dan 14 jam, termasuk bintang bola sepak David Beckham hanya untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II.
Namun dalam ratusan ribu orang awam, seramai 240 orang telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas beratur berbelas jam di jalanan.
Selain data orang awam hadir memberi penghormatan terakhir di jalanan, laporan sama mengatakan lebih 26 juta rakyat di United Kingdom menonton istiadat pengebumian Ratu Elizabeth II menerusi televisyen.
Ia sekaligus menjadikan siaran langsung istiadat kematian ratu tersebut sebagai yang paling besar dan banyak ditonton dalam negara.
Must-Watch Video