Skip to main content

Viral

"Saya Tak Cemburu, Biarlah Vida Bahagia" - Iqbal Zulkefli

"Saya Tak Cemburu, Biarlah Vida Bahagia" - Iqbal Zulkefli

Sekilas

  • Ahmad Iqbal Zulkefli menegaskan dia tidak cemburu apabila dibandingkan dengan Datuk Dr. Fazley berhubung hubungan figura itu dengan Datuk Seri Vida.
  • Iqbal meminta orang ramai berhenti kaitkan dirinya dengan kisah peribadi Vida dan mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
  • Dia juga menghormati Datuk Dr. Fazley dan memilih tidak hadir majlis perkahwinan Vida sebagai tanda hormat, bukan kerana cemburu atau tidak puas hati.
Advertisement

Usahawan dan personaliti media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli menegaskan dirinya tidak pernah berasa cemburu apabila namanya dibandingkan dengan Datuk Dr. Fazley susulan perkembangan hubungan figura berkenaan dengan Datuk Seri Vida.

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal meminta orang ramai supaya berhenti mengaitkan dirinya dengan kisah peribadi Vida, sebaliknya memberikan ruang kepada usahawan kosmetik itu untuk mengecap kebahagiaan.

Advertisement

Menurut Iqbal, dia turut gembira sekiranya Vida sudah menemui kebahagiaan dan tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa iri hati.

“Ketika kalian mendoakan Dato Seri Vida dan Dato Dr. Fazley, janganlah mengata dan membandingkan dengan saya.

“Saya baca saja komen-komen. Saya juga gembira andai itu takdirnya. Bertahun lama saya ‘move on’ dan langsung tidak cemburu.

“Biarlah, Dato Seri Vida juga berhak bahagia. Beliau ada cara beliau dan saya juga walau serba kekurangan, saya jalani hidup saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Iqbal turut menjelaskan bahawa dia menghormati Datuk Dr. Fazley yang disifatkannya sebagai individu berpengalaman dalam industri.

Malah, Iqbal mengakui mengenali figura berkenaan sejak sekian lama, namun memilih untuk tidak mencampuri urusan hubungan peribadinya.

Advertisement

“Saya sangat menghormati Dato Dr. Fazley dan beliau juga salah satu ikon kerana nama beliau sejak 30 tahun dalam industri, wajahnya banyak di jenama-jenama besar.

“Apa perlu saya ikut renggang hubungan hanya kerana seorang wanita? Beliau kenalan saya. Cuma berkaitan hubungannya, saya tidaklah masuk campur jika berbual semeja,” katanya.

Lebih menarik, Iqbal turut menjawab persoalan mengenai kemungkinan dirinya menghadiri majlis perkahwinan Vida sekiranya menerima jemputan.

Jelasnya, keputusan untuk tidak hadir bukanlah disebabkan rasa tidak puas hati atau cemburu, sebaliknya sebagai tanda menghormati pihak berkenaan.

“Tentang jemputan perkahwinan, saya menjawab tidak akan hadir, lalu ada yang berkata ‘orang jemput ke?’

“Itu saya hanya menjawab pertanyaan. Saya tidak akan pernah lari dari wartawan atau media kerana saya tidak mahu dicop sombong dan prinsip saya tidak akan menjawab ‘no komen’.

“Wajarlah saya tidak hadir perkahwinan untuk menghormati. Bukankah itu lebih beradab?” jelasnya.

Terdahulu, Iqbal turut menyatakan bahawa dia tidak mahu mencampuri urusan Vida dan Datuk Fazley, selain meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka.

Sumber: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

Kiehl's Calendula Deep Cleansing Foaming Face Wash (230ml)

Kiehl's Calendula Deep Cleansing Foaming Face Wash (230ml)

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement