Skip to main content

Hiburan

“Saya Hanya Bawa…” - Dalam Proses Cerai, Julia Farhana Keluar Rumah Sehelai Sepinggang

“Saya Hanya Bawa…” - Dalam Proses Cerai, Julia Farhana Keluar Rumah Sehelai Sepinggang

Sekilas

  • Pelakon Julia Farhana berkongsi pengalaman meninggalkan rumah dengan hanya membawa beg tangan berisi barang penting selepas berpisah dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz.
  • Sejak perpisahan itu, Julia tidak pernah bertemu semula dengan suaminya dan kini memakai pakaian hadiah daripada kawan-kawan kerana belum membeli pakaian baru.
  • Julia sedang berusaha mencari rumah baru dan memulakan kehidupan baharu selepas memfailkan perceraian, walaupun belum menjadikan membeli-belah sebagai keutamaan.
Advertisement

Pelakon Julia Farhana berkongsi momen dirinya yang meninggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang selepas berpisah dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz.

Menurut Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, ketika itu dia hanya membawa sebuah beg tangan dan hanya keluar dengan sepasang kasut dan baju yang dipakai.

Advertisement

Ujar Julia, beg tangan tersebut hanya mengandungi barangan penting seperti kad pengenalan.

“Saya dah berpisah dengan suami dan sekarang kami sedang dalam proses perceraian.

“Saya keluar dari rumah hanya dengan membawa sebuah beg tangan yang berisi barang-barang penting seperti kad pengenalan.

Advertisement

“Saya terlupa bawa pasport tapi akhirnya saya dapat juga pasport itu, pembantu saya ambilkan di rumah.

“Saya memang keluar dengan apa yang saya pakai ketika itu sahaja. Hanya sepasang kasut,” kongsinya menerusi podcast The Fitting Room Podcast.

Sehingga ke hari ini, Julia mengakui bahawa dia tidak pernah bertemu semula dengan suaminya.

“Sejak hari itu, saya tak pernah jumpa dia lagi dan tak pernah kembali ke rumah tersebut. Saya pun tak tahu di mana kunci rumah itu sekarang.

“Jadi, semua barang yang saya bawa hari ini memang barang baharu. Pakaian yang saya pakai ini pun sebenarnya hadiah daripada kawan-kawan,” tambahnya.

Selepas kejadian tiu, pelakon filem Cost Guard Malaysia: Ops Helang ini memaklumkan dia kini sedang berusaha untuk mencari rumah dan memulakan kehidupan yang baharu.

“Sepanjang tahun ini, saya hanya pakai pakaian yang sama sebab memang tak ada pakaian lain.

“Saya belum pergi membeli-belah lagi. Jangan risau, saya ada duit. Cuma buat masa sekarang, itu bukan keutamaan saya.

“Ada perkara lebih penting yang perlu saya dahulukan, seperti mencari rumah baharu dan memulakan semula kehidupan dari kosong,” katanya lagi.

Sebelum ini, Julia mendedahkan hasratnya untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Untuk rekod, Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022.

Sebelum itu, Che Hafiz pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 sebelum bercerai pada 17 Jun 2020.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement