Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: Jadi Salah Seorang ‘Bottom 3’, Faizul Sany Akui…

GV Fantasia: Jadi Salah Seorang ‘Bottom 3’, Faizul Sany Akui…

Sekilas

  • Faizul Sany dari Gegar Vaganza Fantasia (GVF) sudah reda selepas menduduki tempat terendah pada konsert minggu ketiga dan bersyukur masih berpeluang ke konsert keempat.
  • Seorang individu berpendapat Faizul sepatutnya menjadi peserta pertama yang tersingkir pada minggu tersebut.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan hos Nabil Ahmad, Jihan Muse, dan Sherry Alhadad serta juri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, dan Datuk Syafinaz Selamat.
Advertisement

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF) iaitu Faizul Sany mengakui dirinya sudah reda malah bersedia untuk pulang selepas menduduki tempat terendah pada konsert minggu ketiga program berkenaan pada Ahad.

Walau bagaimanapun, juara AF2013 ini meluahkan rasa syukur selepas masih berpeluang untuk melayakkan diri ke konsert keempat program GVF.

Advertisement

“Saya sudah reda semalam tu tapi eh ada lagu lagi. Alhamdulillah,” komen Faizul menerusi hantaran seorang individu.

Terdahulu, seorang individu menyorot perhatian apabila merasakan Faizul sepatutnya menjadi peserta pertama yang tersingkir pada minggu ketika GVF malam tadi.

“Faizul sepatutnya disingkirkan, berapa minggu lagi baru nak start singkir peserta?,” pendapat individu tersebut.

Advertisement

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7, dan Ara Johari (AF2016) turut menjadi bintang sama-sama berentap di pentas GV Fantasia.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement