,
Laman Utama

256 Pekerja Kilang Ayer Keroh Positif Covid-19, Netizen Pertikai - “Kalau Macam Ni Bila Nak Habis Lockdown”

Hanafis Haris
09/07/2021
01:01 MYT
Kes Covid-19 membabitkan sektor perindustrian masih belum reda dan terbaru seramai 256 pekerja di lima buah kilang di Ayer Keroh Melaka disahkan positif.

Difahamkan, jumlah itu membabitkan lima kluster di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) negeri, Ramli Mohd. Ali, daripada jumlah tersebut, seramai 180 adalah pekerja warga asing.

Jelasnya, susulan itu keseluruhan lapan buah kilang terlibat telah diarahkan ditutup selama 14 hari bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.

“ Sehingga kini seramai 256 pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh ini didapati positif Covid-19 selepas tercetusnya kluster baharu di kawasan itu pada Mei lalu.

“Seramai 180 daripada merupakan pekerja warga asing, manakala baki adalah penduduk tempatan,” katanya menerusi laporan Kosmo Online, semalam.

Tambahnya, kesemua semua pekerja yang positif telah menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) swasta yang ditetapkan.

Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Twitter, ramai yang bengang dengan isu berkenaan kerana syarikat masih enggan menghentikan operasi buat sementara waktu.

“Lagi kes kilang, sekali kena ratus-ratus”

“Tak tahu nak cakap apa, sekali kena terus 256 weh”

“Apa nak jadi kalau macam ni, bila nak ke fasa 2,” tulis beberapa netizen.

Sumber : Kosmo Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.