,
Viral

"3 Bulan Berkurung Dalam Bilik Hotel Nak Elak Gangguan Dan ..." - Syamsul Yusof

Amri Hassan
28/08/2018
09:38 MYT
Pengarah dan pelakon popular Syamsul Yusof memberitahu dia terpaksa berkurung dalam bilik hotel selama berbulan-bulan demi menyiapkan skrip Munafik 2.
Kata Syamsul, 34, tindakannya bertujuan mengelakkan gangguan sekeliling dan memberikan fokus semaksima mungkin.
"Saya perlukan ilham untuk menulis skrip, caranya dengan mengurungkan diri dalam bilik hotel dan fokus.
"Kadang-kadang masa berlalu sampai tak sedar. Duduk sambil pegang pen cari idea pun tiba-tiba tengok jam sudah lima jam tak buat apa.
"Itu belum lagi terjaga daripada mimpi tiba-tiba dapat ilham, terus kena tulis. Takut nanti hilang," katanya kepada Gempak.
Sepanjang tempoh itu, Syamsul membenarkan isterinya, Puteri Sarah melawat selang dua atau tiga hari sekali.
Bagaimanapun, Syamsul ditemui pada majlis pra-tonton filem Munafik 2 di e@Curve, Damansara malam tadi mendedahkan lebih 70 peratus skrip diolah semula pada hari penggambaran demi mendapatkan impak yang lebih padu.
Filem Munafik 2 dibintangi oleh Syamsul sendiri selain Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Mawi dan ramai lagi.
Untuk rekod, filem Munafik sebelum ini telah mencatat rekod kutipan RM15.4 juta dalam masa tiga minggu tayangan.
Munafik 2 bakal ditayangkan pada 30 Ogos ini di pawagam seluruh negara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Filem

Very Classy, Demure, Mindful... Marsha Milan Kongsi Watak Sebagai Datin Azizah Dalam Don Dukun – “Agak Sukar Tapi..."

gempak
23/10/2024
11:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Marsha Milan berkongsi karakter yang dipegangnya iaitu Datin Azizah dalam filem Don Dukun.
Filem

Dari Ketua Polis Ke Ketua Dukun! Kemunculan Yusof Haslam Dalam Don Dukun Bikin Ramai Terhibur - “Semua Dah Rosak”

gempak
22/10/2024
12:50 MYT
Penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam mencuri tumpuan apabila bakal muncul dalam filem Don Dukun.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
BorakSeeni