Muzik dangdut kembali mewarnai arena industri muzik tanah air dengan penganjuran Konsert Milenia 2024 Live in Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 27 Januari ini di Zepp Kuala Lumpur.

Ratu dangdut tanah air, Amelina dan Mas Idayu menyatakan konsert Milenia ini sebagai penghargaan besar dalam karya seni muzik mereka.

Konsert Milenia yang turut menampilkan Ani Maiyuni bakal disertai penyanyi sensasi Baby Shima serta beberapa penyanyi dangdut Indonesia antarany Hesty, Rheyna Morena dan lagendaris “King Of Slow Rock” Thomas Arya.

Pengarah Urusan Mission Sight Sdn. Bhd., Jeffri Yaacob berkata, pihaknya sangat yakin konsert anjurannya bakal memberikan pelbagai kejutan.

"Konsert Milenia telah tertangguh sebanyak tiga kali apabila berdepan dengan cabaran yang sangat besar untuk mendapat kelulusan permit dan berdepan dengan faktor luar jangka yang tidak dapat dielakkan kini merupakan episod akhir dalam usaha-usaha menjayakan konsert ini.

"Kami terpaksa meneruskan juga demi menepis dakwaan dan tohmahan tidak mahu dilabelkan sebagai scammer atau organizer hangat-hangat tahi ayam," tegasnya.



Dalam pada itu, Jeffri berharap kes penipuan yang membabitkan konsultan konsert sebelum ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Langkah pertama saya menceburi bidang ini saya telah menjadi mangsa scammer oleh konsultan yang dilantik dan kini saya difahamkan kes ini telah menunggu pertuduhan untuk didakwa dan saya sangat berharap keadilan dapat ditegakkan.

"Saya sangat berharap kes ini disegerakan untuk mereka menerima hukuman di atas jenayah penipuan yang telah menyebabkan kerugian lebih RM 300,000 dan ia tidak termasuk kerugian booking artis, tempat, marketing dan upah kerja yang pastinya berlipat kali ganda namun saya tetap berjuang demi memastikan apa yang saya mulakan pasti ingin saya sudahkan dengan sebuah kejayaan," ujarnya.

Atas dasar itu juga, Jeffri berbesar hati untuk memberikan potongan harga sebanyak 50 peratus kepada pembeli tiket Konsert Milenia.
'
"Untuk tidak menghampakan semua peminat maka dengan itu kami memberi potongan harga sebanyak 50% untuk dua tier iaitu Standing Milenia kini hanya RM 109 dan Standing koplo RM 99 agar dapat memberi kepuasan maksima kepada semua fans dangdut lovers.

"Kepada pembeli yang membeli sebelum ini kita akan refund 50% itu semula seminggu selepas konsert untuk adil kepada semua," ujarnya.

Tiket kini dijual dengan harga potongan 50% iaitu Standing Milenia RM109.50 berdekatan dengan stage). Zon Standing Koplo RM 99.00



Manakala Zon VIP Seating Gold RM279 (Termasuk Meet And Greet dan free Merchandise) dan Zon Free Seating Diamond RM 239 manakala Zon VVIP Box memuatkan 8 orang termasuk meet and greet, free merchandise dan buffet dinner serendah RM 4499.

Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com