Laman Utama

30 Penyanyi Indonesia Minta Izin Remixkan Lagu Bahagia, Eza Edmond: "Lagu Ini Tiba-Tiba Jadi Besar Di Sana"

gempak
Amri Hassan
15/09/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
30 Penyanyi Indonesia Minta Izin Remixkan Lagu Bahagia, Eza Edmond: "Lagu Ini Tiba-Tiba Jadi Besar Di Sana"
Penyanyi yang sedang meningkat naik, Eza Edmond tidak menyangka lagu nyanyiannya berjudul Bahagia popular di Indonesia.
Kata Eza, 23, lagu yang dilancarkan pada 2017 itu diburu oleh lebih 30 penyanyi dan 20 syarikat muzik dari negara seberang untuk meminta kebenaran daripada syarikat rakaman naungannya, Sheikh Qalam Records untuk merakamkan semula lagu berkenaan.
"Ini memang sesuatu yang di luar jangkaan. Dulu lagu ini sudah tular di sana selepas dilancarkan berdasarkan komen yang mereka tinggalkan pada muzik video. Ada juga yang memuat naik video sendiri sehingga mendapat jutaan tontonan.
"Kini Bahagia sekali lagi tular di sana. Pelbagai versi sudah dibuat oleh pelbagai pihak dan ia sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada saya yang masih belum dikenali ramai," katanya merendah diri.
Antara deejay yang tertarik dengan lagu berkenaan termasuklah DJ Komang yang mengubah muzik asal kepada versi remix dan kemudiannya tular di aplikasi TikTok.
Malah, versi remix yang dibuat juga dimuat naik ke YouTube dan ditonton lebih 20 juta kali.
Ada di antara penyanyi dan syarikat rakaman di Indonesia yang merakamkan semula lagu berkenaan dalam bahasa Jawa dan pelbagai bahasa kaum untuk dimuat naik di YouTube.
Kata Eza lagi, ada juga yang meminta kebenaran untuk mengubah lagu ini kepada versi lain seperti jazz, dangdut, rock dan akustik.
"Tak tergambar dengar kata-kata apabila lagu ini menjadi sebegitu besar di sana ketika ini. Saya anggap ini rezeki kepada semua yang terlibat dalam pembikinan Bahagia. Mereka bekerja keras dahulu dan hasilnya baru dilihat sekarang.
"Setidaknya dengan sambutan yang diberikan membuatkan saya mahu bekerja lebih keras untuk menempatkan nama dalam industri," kata anak kelahiran Papar, Sabah ini lagi.
Tambah Eza lagi, dia gembira apabila lagu berkenaan juga dinyanyikan oleh Bulan Sutena, salah seorang penyanyi baru di salah sebuah stesen TV di sana.
Impak daripada persembahan berkenaan, semakin ramai yang mula mencari penyanyi asal walaupun lagu berkenaan ditukar tajuk kepada Setiap Yang Ku Lakukan Untuk Mu di sana.
"Saya mahu berterima kasih kepada Hazmi Fahim yang menciptakan lagu yang indah ini. Dan kepada semua peminat, terima kasih terus memberikan semangat kepada saya sejak dahulu.
"Insya-Allah ada sesuatu yang besar akan saya lalukan sedikit masa lagi. Apa-apa pun kena tunggu," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live