Skip to main content

Berita

Tidur Pun Boleh Bawa Pulang Lebih RM50,000

Tidur Pun Boleh Bawa Pulang Lebih RM50,000

Sekilas

  • Pertandingan 'Matt Race' di Tokyo menguji peserta untuk tidur paling berkualiti dalam masa 90 minit dengan hadiah utama lebih 2 juta yen.
  • Peserta dinilai berdasarkan keupayaan tidur cepat dan mencapai tahap tidur nyenyak menggunakan peranti pengesan tidur.
  • Acara ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya tidur mencukupi di tengah budaya kerja keras Jepun.
Advertisement

Siapa sangka tidur juga boleh menjadi pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan apabila puluhan peserta di Tokyo, Jepun bersaing untuk mendapatkan tidur paling berkualiti dengan hadiah utama melebihi 2 juta yen (kira-kira AS$14,000).

Pertandingan unik dikenali sebagai 'Matt Race' itu dianjurkan syarikat pengeluar tilam, Koala Sleep Japan, pada 5 Oktober lalu bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan tidur mencukupi dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

Dalam pertandingan itu, peserta diberikan masa sehingga 90 minit untuk melelapkan mata di atas tilam yang disediakan, manakala peranti pengesan tidur dipasang pada tubuh mereka bagi merekodkan corak rehat masing-masing.

Pemenang ditentukan berdasarkan keupayaan peserta untuk tidur dengan pantas serta mencapai tahap tidur yang nyenyak dan berkualiti.

Suasana pertandingan berlangsung dalam bilik yang malap dengan peserta berbaring di atas tilam masing-masing.

Advertisement

Ada antara mereka turut membawa anak patung lembut sebagai teman tidur.

Peserta yang hanya dikenali dengan nama panggilan Suimii muncul juara pertandingan berkenaan dan membawa pulang hadiah wang tunai melebihi 2 juta yen, bersamaan kira-kira AS$14,000 (RM58,000).

Menurut Suimii, wang kemenangan itu akan digunakan untuk membiayai kos berpindah ke kediaman sendiri.

Beliau turut berhasrat membeli sebuah katil berkonsepkan puteri menggunakan sebahagian daripada wang kemenangan tersebut.

Seorang lagi peserta, Chisato Honda, 32, berkata, pertandingan itu berlangsung terlalu pantas sehingga beliau berharap dapat tidur lebih lama.

Beliau menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai satu pertandingan yang menyeronokkan.

Pengarah kreatif yang menyelia penganjuran acara itu, Riichiro Nakama berkata, Jepun sering dikaitkan dengan budaya kerja keras sehingga ramai penduduknya berdepan masalah kekurangan tidur.

Menurutnya, pertandingan itu diadakan bagi menggalakkan masyarakat memberikan lebih perhatian terhadap kualiti tidur dan kepentingan mendapatkan rehat mencukupi.

Data Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) pada 2021 menunjukkan penduduk Jepun tidur secara purata selama tujuh jam 24 minit sehari, antara tempoh paling singkat dalam kalangan negara anggota yang dikaji.

Pakar mengaitkan keadaan itu dengan waktu bekerja yang panjang, perjalanan ulang-alik ke tempat kerja serta gaya hidup bandar yang sibuk.

Penganjuran Matt Race dilihat sebagai pendekatan kreatif untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu kekurangan tidur, selain mengubah aktiviti yang lazimnya dianggap rutin harian kepada satu pertandingan yang menawarkan ganjaran lumayan.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement