Gaya Hidup
5 Rahsia Wajah Kekal Cantik Tanpa Solekan!
Definisi perkataan cantik adalah suatu yang subjektif dan berbeza mengikut pandangan masing-masing.
Walaupun tanpa sebarang solekan di wajah, anda masih mampu untuk tampil cantik.
Namun, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan kulit wajah yang diimpikan?
Untuk itu, kami kongsikan lima tips untuk wajah kekal cantik dan berseri tanpa sebarang solekan:
1. Mencuci Wajah
Pastikan anda membersihkan muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jadikannya sebagai rutin harian kerana amalan ini dapat membuang segala kekotoran dan habuk yang melekat pada wajah. Kuman dan kotoran itulah yang akan membuatkan wajah anda mudah berjerawat.
2. Memakai Penyegar Wajah
Kebanyakan daripada kita sering menganggap amalan ini sesuatu yang remeh. Tetapi tahukah anda selain membantu menyegarkan wajah, amalan ini juga mampu merawat kulit muka dan membantu keseimpangan pH kulit. Gunakan penyegar setelah mencuci muka dan sebelum memakai sebarang krim.
3. Gunakan Pelembap Wajah
Anda perlu mengamalkan penggunaan pelembap selepas selesai memakai penyegar wajah. Pastikan anda menggunakan pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.
4. Pelindung Matahari
Ramai di antara kita yang tidak sedar tentang kepentingan pelindung matahari. Sebelum keluar rumah, anda dinasihatkan untuk melindungi kulit muka dengan krim yang sesuai. Selain dapat mengelakkan penuaan pada kulit wajah, pelindung matahari juga dapat membantu anda terhindar daripada kanser kulit.
5. Skrub Wajah
Skrub ini penting kerana mampu menghilangkan sel-sel kulit mati daripada permukaan kulit wajah. Dengan menggunakan skrub, wajah anda akan kelihatan lebih segar, cerah dan berseri. Pastikan anda tidak menggosok bahan skrub terlalu kuat kerana ia akan merosakkan permukaan kulit selain akan melukakan kulit. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, amalkan seminggu dua kali atau seminggu sekali.
Sumber : Sinar Harian
Olahan : Izzat Ridzwan
Must-Watch Video