Canon telah melancarkan varian EOS R6 Mark II dan dilengkapi dengan pelbagai ciri penambahbaikan untuk kepuasan rakaman video dan gambar.

Model yang digunakan untuk proses penggambaran rancangan realiti khas Army: 24 Jam baru-baru ini membuktikan ia sangat efisyen dan praktikal bagi kru produksi.



Pengarah fotografi Army: 24 Jam, Amirrul, memberitahu banyak ciri-ciri khas model kamera Canon ini yang memudahkan daripada pre-production hingga post-production.

Semak fakta-fakta best tentang Canon EOS R6 Mark II:

#1 Tahan lasak, tahan lama!

"Kita perlu menjalani latihan ketenteraan selama 24 jam, sebab itu kita perlukan kamera yang tahan lasak, boleh rekod lama dan ada features (fokus & stabilizer) yang bagus.

"Untuk shooting ini kita cuba minimalkan set up, kita ada banyak pergerakan dan aksi yang perlu dirakamkan dengan cepat."

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


#2 Shoot dalam low light, weather shield

"Kita juga menggunakan body mic, lampu yang di atas kamera dan kita guna external power delivery.

"Ujian mereka kena masuk hutan, kita dah tak boleh nak set up light, jadi kita perlukan kamera yang boleh shoot pada low light. Kita ada melalui unexpected wheather, hujan dan panas, jadi kita perlukan kamera yang tahan lasak.

"Antara aspek pemilihan kamera kita perlukan yang ada weather shield."

#3 Tak overheat

"Kita perlu shoot contestant berlari sejauh 15 kilometer, kita perlu kamera yang boleh tahan bila shoot 3 jam, tak overheat dan tiada masalah sepanjang penggambaran."

#4 Bentuk ergonomik, ringan

"Disebabkan kita perlu bergerak lebih kompak, kamera ini lebih kecil, ergonomik senang dipegang. Bila bergerak, kameraman boleh bergerak dengan bantuan system Canon.

"Kita guna 10 biji kamera, setiap kamera ada fungsi masing-masing.

#5 Colour science cantik!

"Post production pendek, tak sempat proses color grading, colour science very good. Boleh terus ke delivery stage tak perlu color grading untuk kualiti broadcast."

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)



Untuk rekod, sepanjang cabaran, setiap peserta akan melalui 12 siri latihan ketenteraan iaitu larian, piramid, gate wall, step up, water ditch, tembok 6 kaki, tarzan swing dan beberapa halangan lain.

Antara peserta yang terbabit dalam Army 24 Jam ialah Harris Annuar (pelakon), Azizul Ammar (pelawak), Andy Teh (pengarah), Aaron Chan Chow Hee (pelumba basikal), Fadlan Hazim (pelakon), Yusof Hashim (penari) dan Santhisvaran (pelakon).

Tonton episod penuh Army 24 Jam yang dirakamkan menggunakan Canon EOS R6 Mark II di YouTube Gempak.