Sejak drama I-Tanggang disiarkan sekitar September lalu, pelbagai reaksi positif dapat dilihat khususnya dalam kalangan penonton.

Selain watak Erma yang boleh dianggap sebagai watak yang paling dibenci, penonton turut bersimpati dengan watak remaja penghantar makanan bernama Syafiq.

Dilakonkan oleh Nadhir Nasar, nampaknya watak Syafiq sering mendapat pujian terutama dari segi perkembangan karakter dan impak yang ditinggalkan kepada penonton.

Justeru, Gempak menyenaraikan lima sebab mengapa watak Syafiq ini menjadi kegemaran penonton sewaktu menyaksikan drama I-Tanggang.

Anak yang baik - Sungguhpun terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara keluarganya, Syafiq tidak pernah mengeluh dan sentiasa cuba untuk menjadi ketua keluarga saat bapanya tiada di rumah.

A post shared by lucky (@nadhirnasar_)


Abang yang bertanggungjawab - Ketika adiknya, Sue didapati hamil, Syafiq merupakan satu-satunya individu yang berfikir logik dalam menyelesaikan kemelut berkenaan. Sungguhpun berang dengan berita kehamilan luar nikah adik sendiri, namun, Syafiq tidak melihat hal itu sebagai satu perkara yang boleh memutuskan hubungan sedarah dan sedagingnya dengan Sue.

Penyayang - Disebabkan ibu Syafiq tidak berupaya untuk memantau keadaan adik beradiknya, Syafiq tidak mengabaikan kehendak dan keperluan mereka, khususnya apabila ia melibatkan keperluan persekolahan.

A post shared by lucky (@nadhirnasar_)


Berani - Sanggup menyelamatkan sahabat yang dikenali menerusi group chat iaitu Khay, selepas diberitahu tentang tabiat buruk ibu kepada sahabatnya itu yang sering mendera dan memukul anaknya.

Bijak - Ketika peguam Azlan meminta Syafiq untuk terus mengaku cuba membunuh Erma, Syafiq dengan pantas membidas peguam berkenana dan mempersoalkan tindakannya. Ujar Syafiq, bukankah tugas seorang peguam untuk membela nasib anak guamnya, bukan terus meminta anak guam mengaku bersalah.

Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh episod akhir drama I-Tanggang bakal disiarkan pada Isnin depan 29 November 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.