Gaya Hidup

5 Tempat Wajib Dilawati Jika Bercuti Di Pulau Labuan

gempak
Syafiqah Jalal
03/04/2017
09:10 MYT
Sponsor Banner
5 Tempat Wajib Dilawati Jika Bercuti Di Pulau Labuan
Pulau Labuan terkenal sebagai tempat untuk memborong barangan import kerana barang dagangannya bebas cukai.
Pendek kata, barangan import dapat dibeli dengan harga yang jauh lebih murah berbanding tempat lain.
Dahulunya pulau ini merupakan sebahagian daripada Kesultanan Brunei dan kini, pulau ini diisytihar sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984.
Antara barangan yang menjadi tumpuan pelancong ketika bercuti di sana adalah coklat, minyak wangi, barangan kecantikan, dan banyak lagi.
Namun tahukah anda selain daripada syurga membeli belah, pulau ini juga terkenal dengan tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi sekiranya berada di sana:
Berikut kami senaraikan lima tempat menarik di sekitar Pulau Labuan:
1. Labuan War Memorial Cemetary Cemetary ini merupakan salah satu daripada tiga tempat yang perlu dikunjungi di Borneo selain Kundasang War Memorial dan Sandakan War Memorial. Di sini, anda boleh melihat tugu pejuang-pejuang yang terkorban di usia yang amat muda ketika perang Kundasang dan Sandakan.
2. The Surrender Point The Surrender Point merupakan tempat penjajah Jepun menyerah kalah di hadapan tentera Australia semasa Perang Dunia Kedua.
3. Labuan Marine Museum Muzium Marin ini terletak lima hingga tujuh minit dari Terminal Feri Labuan. Jika anda berkunjung bersama keluarga, lokasi ini sesuai untuk kanak-kanak yang masih bersekolah kerana dapat melihat pameran menarik seperti rangka ikan paus dan kuda laut sebenar.
4. Muzium Labuan Bagi anda yang gemar tentang sejarah, destinasi ini sesuai untuk dikunjungi kerana pelbagai jenis pameran dan artifak menarik dapat di saksikan. Selain itu, muzium ini juga turut menceritakan tentang kisah pembangunan pulau ini dan sejarah silam termasuk peristiwa peperangan. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini!
5. UK (Ujana Kewangan) / Financial Park Ujana Kewangan atau nama singkatannya UK, adalah tempat yang paling popular di Labuan. Di sinilah tempat pelancong membeli belah dengan harga yang jauh lebih murah berbanding tempat lain. Amat penting untuk anda membuat pilihan sebelum membeli sesuatu barang kerana harga yang ditawarkan dari satu kedai ke satu kedai lain adalah berbeza.
Sumber : Thevocket.com, Instagram @juetapah Olahan: Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live