Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kemaskini di media sosial rasmi beliau melaporkan 6,999 kes positif Covid-19 hari ini.

“Pada 30 Mei 2021; Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,999 kes. Di bawah merupakan pecahan kes setiap negeri:
Selangor : 2,477 kes
Sabah : 190 kes
WPKL : 616 kes
Johor : 433 kes
Sarawak : 513 kes
Pulau Pinang : 248 kes

Bagaimanapun sebelum Noor Hisham mengeluarkan laporan beliau, tular di media sosial kononnya kes hari ini mencatat 10,290 kes.

Info grafik tersebut dipercayai telah disunting individu tidak bertanggung jawab.