Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

7 Jam Bomba Bantu Cari iPhone Wanita Jatuh Celah Batu

Gempak
07/06/2024 21:44 MYT
Satu rakaman video tular memaparkan ‘operasi mencari dan menyelamat (SAR)’ untuk mendapatkan semula telefon pintar iPhone milik seorang wanita bernilai 150,000 rupee (RM8,433) yang jatuh di celah batu di tepi pantai, lapor portal berita The Indian Express.

Telefon itu milik seorang wanita yang meminta bantuan daripada kakitangan sebuah resort di Varkala, Kerala yang menjadi tempat penginapannya.

Apa yang berlaku seterusnya ialah operasi selama tujuh jam dilancarkan untuk mendapatkan semula telefon bimbit itu.

BERITA TRENDING: Taman Hiburan Terbakar, Ragut 27 Nyawa Di India... Ramai Kanak-Kanak

BERITA TRENDING: "Bomba Ketuk Pintu Rumah Ingat Saya Dah Mati" - Alya Iman Susah Bangun Tidur, Nafi Ambil Bahan Terlarang!

BERITA TRENDING: 'Oyen' Tersangkut Lubang Dinding Gara-Gara Kejar Lipas!

Kakitangan resort turut mendapatkan bantuan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Kerala.

Video yang merakamkan detik-detik sepanjang operasi panjang itu dikongsi di platform Instagram rasmi resort @antiliyachalets.

View this post on Instagram

A post shared by KARNATAKA TRENDS ? (@karnataka_trends_)

Ombak, angin kuat!

Kapsyen itu menyebut ombak dan angin yang kuat menyebabkan operasi itu sukar.

Namun, pasukan bomba dan kakitangan resort akhirnya berjaya mendapatkan semula telefon bimbit yang hilang.

Pengguna media sosial yang menonton video tersebut memberikan komen berbeza dengan ada yang kecewa kerana bomba dipanggil untuk tugasan bukan kecemasan, manakala netizen lain menganggap kejadian itu melucukan. – AGENSI

BERITA TRENDING: Watak Dalam The Cadets Tarik Perhatian, Netizen Usik - “Hawa Tu Kenit Kenit, Tapi Samseng Kemain Ek”

BERITA TRENDING: Gara-Gara Pakai Cincin Ketat, Jari & Tangan Lelaki Ini Membengkak!

#Viral #wanita #India #Bomba #Jatuh #Iphone #Batu #SAR
;