gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tidak Memilih, Usop Wilcha Sanggup Terima Watak Sampingan Sebab…
HIBURAN
Bukan Niat Nak ‘Tunggang’ Isu Kesusahan Hidup Dharma, A Aida Ikhlas Nak Bantu - “Saya Rasa Diri Dah Cukup Dikenali”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Scha Nuril Tak Serik Bertanding Tapi Nak ‘Pause’ Dahulu - “Masuk Pertandingan Ni Memang Penat..”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ANTARABANGSA

8 Fakta Honda NC750X (2021) Lancar di Eropah

Erywan
Erywan
10/12/2020
08:30 MYT
Sponsor Banner
8 Fakta Honda NC750X (2021) Lancar di Eropah
Pasaran Eropah baru saja memperkenalkan Honda NC750X (2021). Terdapat beberapa kemas kini dilakukan bagi motosikal touring itu yang memfokuskan kepada prestasi jalanan.
Berikut pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Honda:1.Kuasa puncak meningkat bersama dengan peningkatan 600rpm rev.
2.Kini terdapat tiga mod tunggangan bersama dengan mod boleh kustom versi DCT. Bersama dengan tawaran mod baharu itu tersedia paparan LCD warna penuh baharu.
3.Honda juga menyatakan Selectable Torque Control diperhalusi yang melaraskan mampatan brek enjin bagi menghindari gelinciran tayar belakang ketika nyahpecutan.
4.Penghantaran kuasa baharu menyumbang kepada perubahan nisbah gear yang mana tiga gear bawah lebih rendah berbanding tahun lalu. 5. Suspensi juga lebih rendah berbanding tahun lalu begitu juga ketinggian pelana. Fork dipendekkan 0.7 inci dan suspensi belakang direndahkan 1.2inci. Tinggi pelana 31.5 inci direndahkan sebanyak 1.2 inci berbanding sebelumnya.
6. Berat lebih ringan 5.9kg.
7. Kini menggunakan tayar Dunlop Trailmax D603.
8. Ruangan simpanan minyak kini bersaiz 23 liter dengan peningkatan seliter dan slot mengecas USB menawarkan kemudahan kepada penunggang.
Spesifikasi Honda NC750X dan NC750X DCT
ENJIN
  • Jenis: Parallel twin
  • Sesaran: 745cc
  • Gerek X Lejang: 77 x 80mm
  • Kuasa Maksimum: 58 hp @ 6750 rpm
  • Tork Maksimum: 69Nm @ 4750 rpm
  • Nisbah Mampatan: 10.7:1
  • Transmisi: 6-kelajuan (DCT: Auto penuh)
  • Klac: Manual (DCT: Auto penuh)
CASIS
  • Kerangka: Tiub Diamond
  • Suspensi Depan: travel, fork 41mm tidak boleh laras; 4.7 inci
  • Suspensi Belakang: travel, linkage bantuan shock boleh laras spring pra beban; 4.7 inci
  • Rim: Tuangan aluminium
  • Tayar: Dunlop Trailmax D609
  • Tayar Depan: 120/70 × 17
  • Tayar Belakang: 160/60 x 17
  • Brek Depan: Cakera 320mm, kaliper 2-piston Nissin
  • Brek Belakang: Cakera 240mm, kaliper piston tnggal
  • ABS: Standard
WARNA
  • Glint Wave Blue Metallic
  • Mat Ballistic Black Metallic
  • Grand Prix Red
Topic Berkaitan
#honda
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement