Berita
8 Perkara Tentang 'Hakak Lori' Rosalekka Salim
Jarang kita lihat seorang wanita memandu trailer kontena bukan?
Kisah Rosalekka Salim barangkali boleh mengubah perspektif anda berfikir tentang kerjaya seorang pemandu lori wanita.
Faktanya, menurut All Womens Talk antara kerjaya berbahaya di dunia yang turut diceburi wanita adalah pembalak, askar, pilot, pelombong dan jurutera gas dan minyak.
Kami kongsikan beberapa perkara menarik tentang wanita tersebut.
1) Seorang ibu tunggal
Rokiah Salim atau nama lainnya Rosalekka Salim berusia 51 tahun dan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki.
Dia berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang.
2) Digelar Hakak Lori
Menggelarkan dirinya Hakak Lori (Kakak Lori), Rosalekka memandu trailer bertayar 10 yang mengangkut kontena dari Pelabuhan Pulau Pinang.
Tugasnya setiap hari adalah mengangkut kontena-kontena dari kapal kargo dengan lorinya dan menghantar ke depot untuk proses membaik pulih.
Setiap bulan dia membuat hampir 150 trip dengan lori trelernya.
"Sebelum ini kerja pemandu lori susah sebab tertekan dengan kehendak majikan, tetapi sekarang memandu lori menjadi lebih senang," ujarnya.
3) Tabiat memandu memakai baju kurung
Menjadi salah satu tabiatnya untuk memandu lori kontena dengan memakai pakaian tradisional baju kurung.
“Pemandu treler perlu memakai seluar panjang dan kasut demi keselamatan.
"Bagaimanapun, saya memohon kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk berbaju kurung pada setiap Jumaat demi menghormati hari itu,” katanya.
4) Ceria dan periang
Wanita ini seorang yang periang dan sentiasa ceria. Gemarkan aktiviti lasak, menerusi foto-foto dan videonya di Facebook dia sukakan aktiviti sukan maraton, mendaki gunung dan melancong.
5) Pernah kerja kilang
Sebelum menjadi pemandu lori, dia pernah bekerja di sebuah kilang selama 18 tahun.
6) Waktu kerja fleksibel
Tugas bekerja di kilang lebih sukar berbandung menjadi pemandu lori.
"Menjadi pemandu lori tidak dikongkong waktu pejabat dan ada ruang masa yang fleksibel. Malah pendapatan juga berlipat kali ganda," katanya.
7) Gaji RM7,000 sebulan
Usahanya yang tidak kenal erti putus asa berbaloi apabila mampu memperoleh pendapatan RM7,000 sebulan tidak termasuk bonus, komisen dan elaun makan.
"Biasanya pendapatan kami mencecah RM4,000 sebulan, kalau rajin boleh dapat sampai RM6,000 hingga RM7,000," tambahnya.
8) Apa itu malu?
"Ramai graduan pilih untuk tidak bekerja sedangkan banyak sangat kerja kosong yang ditawarkan di Malaysia termasuk menjadi pemandu lori.
"Cubalah! Jangan cuma bergantung pada ibu bapa saja," katanya.
9) Pernah digangu lelaki mabuk
Walaupun pernah diganggu, dia menganggap kerjaya itu menyeronokkan.
“Ketika berada di selekoh di kawasan Seberang Perai, tiba-tiba ada lelaki mabuk melompat di hadapan treler. Dia bersama beberapa lagi rakannya melemparkan kata-kata kesat dan menghalang laluan saya.
“Mujur ada van kebetulan lalu di kawasan itu dan pemandu van berkenaan menghalau mereka,” katanya.
8) Pegang amanat ayah
Mengambil kata-kata semangat daripada ayahnya untuk terus berusaha, Rosalekka tidak pernah mengeluh.
"PESAN AYAH... "KAU KENA RAJIN.."KAU KENA KUAT" KALAU KAU X RAJIN.. KALAU KAU X KUAT.. KAU AKAN LAPAR...masih teringia di telinga. Itu lah kata semangat untuk terus membina diri... Biar lah ade yg MENCEBIK.. Ade Hakak Lori Kesah.. Selamat bekerja semua... Yehaaaaa!" tulisnya.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Facebook Rosalekka Salim
Must-Watch Video