Skip to main content

Hiburan

Sahabat Baik Meninggal, Hubungan Cinta Tidak Kesampaian, Dinie Rashid Alami Kemurungan – “Mereka Banyak Tolong Saya…”

Sahabat Baik Meninggal, Hubungan Cinta Tidak Kesampaian, Dinie Rashid Alami Kemurungan – “Mereka Banyak Tolong Saya…”

Sekilas

  • Penyanyi Dinie Rashid mengalami kemurungan selepas kehilangan dua sahabat baik dalam tempoh dua tahun dan mendapatkan bantuan pakar psikiatri.
  • Keadaan penglihatan Dinie yang terbatas menyebabkan dia memerlukan sokongan rakan-rakan dalam urusan harian dan perjalanan seni.
  • Dinie kini kembali dengan single terbaru berjudul Jangan Mati Di Sini sebagai runut bunyi filem Takdir Terakhir, hasil kerjasama bersama komposer Sharon Paul.
Advertisement

Penyanyi Dinie Rashid mendedahkan dirinya mengalami kemurungan sehingga mendapatkan bantuan pakar psikiatri selepas kehilangan dua sahabat baik dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Dinie atau Muhammad Dinie Abdul Rashid berkata, kedua-dua sahabat yang juga rakan serumahnya itu banyak membantu urusan harian serta memberikan sokongan sepanjang perjalanan seninya.

“Saya mengalami kemurungan. Saya berjumpa dengan pakar bertauliah, iaitu pakar psikiatri. Sebelum itu saya berjumpa dengan terapis.

“Alhamdulillah, saya tidak didiagnosis dengan keadaan yang terlalu berat. Mereka memaklumkan saya mengalami kemurungan.

“Pada 2022, rakan serumah yang juga kawan baik dan banyak menyokong perjalanan seni saya meninggal dunia. Dia juga orang media, mungkin ada antara anda yang mengenalinya,” katanya.

Menurut Dinie, selepas kehilangan tersebut, ibunya memilih seorang lagi sahabat yang membesar bersamanya di Pulau Pinang untuk menemani dan membantu urusannya.

Katanya, keadaan penglihatan yang terbatas menyebabkan dia memerlukan bantuan bagi melakukan perkara tertentu.

“Selepas setahun, mak saya memilih seorang kawan dari Pulau Pinang yang membesar bersama saya sejak kecil untuk menemani saya.

“Penglihatan saya mungkin sekitar 20 atau 30 peratus. Jadi saya tidak boleh memandu dan melakukan sesetengah perkara. Bukan bergantung sepenuhnya, tetapi ada perkara yang memerlukan bantuan orang lain.

“Kawan-kawan inilah yang banyak membantu. Tiba-tiba seorang meninggal dunia, kemudian sahabat dari Pulau Pinang yang membesar bersama saya itu pun meninggal dunia di rumah yang sama.

“Itulah yang membuatkan saya terkesan apabila dua orang di sekeliling saya, rakan serumah dan sahabat baik, meninggal dunia,” ujarnya.

Dalam masa sama, alumni Big Stage turut mengakui hubungan cinta yang tidak kesampaian turut menjejaskan emosinya ketika sedang melalui fasa sukar tersebut.

“Apabila kita tidak stabil, kemudian ada pula soal hubungan. Kadang-kadang dalam perhubungan, dia mengharapkan perkara lain dan saya mengharapkan perkara lain.

“Kita mengharapkan sesuatu yang baik, tetapi tiada jodoh. Jadi saya jatuh lagi, jatuh lagi. Perkara itu sedikit sebanyak mengganggu perasaan saya.

“Lebih kurang begitulah. Tidak perlulah terlalu mendalam, takut nanti saya menangis di sini,” katanya sambil ketawa.

Kemunculan semula Dinie kini diterjemahkan menerusi single Jangan Mati Di Sini yang disiapkan bersama komposer Sharon Paul dalam tempoh dua minggu sempena runut bunyi bagi filem Takdir Terakhir. 

“Sebenarnya saya sudah mempunyai lagu lain untuk single seterusnya dan memang sudah merancang untuk menyanyi semula.

“Tetapi Sharon Paul meminta kami menyiapkan lagu ini dahulu. Datuk pun mahukan lagu ini, kemudian dalam masa dua minggu semuanya siap. Maka terhasillah Jangan Mati Di Sini,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Must Watch Video

Advertisement