Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong sekali lagi mengulangi aspirasi kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH370 tidak pernah dilupakan.
Simpati dengan kehilangan dan kesengsaraan mereka yang terjejas susulan tragedi kehilangan misteri MH370, beliau berkata Malaysia juga untuk menimbang dengan teliti serta mengkaji semua maklumat baharu yang boleh dipercayai bagi mengenal pasti lokasi pesawat itu.
Selasa ini merupakan tahun kelapan insiden MH370 lenyap tanpa sebarang kesan sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan tidak terjawab mengenai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat malang itu dan keluarga penumpang serta anak kapal dalam keadaan terumbang-ambing.
"Kami hanya memerlukan bukti yang boleh dipercayai serta boleh diambil tindakan sebelum memulakan ekspedisi yang kita yakin mampu membuahkan hasil.
"Maklumat yang boleh dipercayai ini dapat digunakan untuk mengenal pasti lokasi spesifik pesawat itu. Dengan ini, Pertimbangan akan dibuat dalam menentukan masa depan operasi mencari dan penubuhan semula pasukan siasatan," katanya dalam rakaman ucapan hari ini sempena ulang tahun kelapan MH370.
Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 orang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas.
Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan
Sumber: Bernama
Azwa Rahman
Sun Mar 06 2022


Rakaman Suara Didakwa Milik Aisyah & Alif Tersebar Yang Sedang Bergaduh Tersebar? – “Hari Ni Abang Akan Masuk Lokap…”
Rakaman suara didakwa milik Aisyah & Alif pula tersebar

Meerqeen Akui Serba Salah Bila Digosipkan Bercinta Dengan Ameera Khan
Meerqeen jawab isu bercinta dengan Ameera Khan

Lebih Sebulan Tutup Aurat, Fara Mendoza Kembali Seksi, Netizen: “Takpe Yang Penting Jiwa Tak Kacau”
Fara Mendoza kembali seksi

#GMWA23: Dr. Say, Siti Nurhaliza, Anna Jobling, Projek: High Council & DAMELO Antara Yang Tersenarai Dalam Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023
Siapakah pilihan hati untuk edisi GMWA kali ini?
Pengumuman Calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023 [PART 3]
Saksikan siapa calon Top 20 yang layak ke Gempak Most Wanted Awards 2023!
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
Pengumuman Calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023 [PART 1]
Saksikan siapa calon Top 20 yang layak ke Gempak Most Wanted Awards 2023!
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
Pengumuman Calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023 [PART 2]
Saksikan siapa calon Top 20 yang layak ke Gempak Most Wanted Awards 2023!
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023

Video Porno Pemain Bola Sepak Negara Korea Selatan Tersebar
Video tersebut didakwa dirakam secara curi

Nas Muammar Zar Jadi Keluang Man, Ini Fakta Animasi Adiwira Yang Mengangkat Martabat Pesakit Mental
Fakta menarik tentang Keluang Man

Peminat Tanya Kenapa Marketing Album Baharu Tak Jalan, Ini Jawapan Penuh Hemah Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza jawab pertanyaan peminat