Skip to main content

Acara

Persatuan Orang Buta Malaysia Rai Ulang Tahun Ke 75 Menerusu Majlis Gala Amal Night Of Brilliance

Persatuan Orang Buta Malaysia Rai Ulang Tahun Ke 75 Menerusu Majlis Gala Amal Night Of Brilliance

Sekilas

  • Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) meraikan ulang tahun ke-75 dengan Majlis Makan Malam Amal ‘Night of Brilliance’ yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Nancy Shukri.
  • MAB melancarkan Pusat Latihan Serantau (RTC) pertama di Temerloh, Pahang, yang menyediakan latihan vokasional dan peluang pekerjaan mampan untuk warga OKU penglihatan.
  • Majlis turut menyaksikan pelancaran Setem Komemoratif ulang tahun ke-75 MAB dan pengiktirafan kepada para penderma serta rakan korporat yang menyokong usaha pemerkasaan komuniti OKU penglihatan.
Advertisement

Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) meraikan 75 tahun dedikasi dalam memperkasa komuniti orang buta dan cacat penglihatan menerusi Majlis Makan Malam Amal ‘Night of Brilliance’ sempena ulang tahun ke-75 MAB yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Majlis bersejarah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Nancy Shukri, bagi pihak Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Menteri Komunikasi, YB Datuk Seri Fahmi Fadzil, di samping Presiden MAB YAM Tan Sri Datuk Seri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Timbalan Presiden dan Pengerusi Program YBhg. Datin Fauziah Mohd Ramly, rakan korporat, para dermawan, serta warga OKU penglihatan.

Advertisement

Selain memartabatkan dan memperkasakan warga OKU penglihatan menerusi pendidikan, latihan kemahiran, dan laluan kerjaya mampan, Majlis Makan Malam Amal Night of Brilliance ini turut menjadi wadah istimewa untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan penaja, rakan korporat, dan para penderma yang hadir memeriahkan majlis.

Menerusi segmen khas Diamond Circle of Honour, MAB mengiktiraf secara rasmi sumbangan budi serta sokongan padu para dermawan yang terus menjadi nadi dalam merealisasikan masa depan yang lebih inklusif buat komuniti penglihatan.


Memacu Visi Serantau dan Pusat Latihan Serantau (RTC) MAB

Advertisement

Pencapaian utama pada malam tersebut ialah Pra-Pelancaran Rasmi Pusat Latihan Serantau MAB (RTC) di Temerloh, Pahang.

Sebagai hab latihan serantau pertama di Malaysia bagi warga OKU penglihatan, RTC menghubungkan latihan vokasional praktikal yang merangkumi Agroteknologi dan Hidroponik, ICT dan Kemahiran Digital, Kraftangan, Makanan & Minuman (F&B) dan Hospitaliti, serta Keusahawanan dengan laluan pekerjaan yang mampan, dan membolehkan kehidupan secara berdikari.

Sejajar dengan azam MAB untuk menubuhkan sebuah pusat latihan serantau yang bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan tanpa mengira sempadan, MAB telah memperuntukkan RM10 juta daripada sumbernya sendiri bagi merealisasikan inisiatif serantau ini.

Direka untuk berfungsi sebagai pusat kecemerlangan terulung bagi pemerkasaan vokasional di seluruh ASEAN, fasiliti ini mencerminkan pelaburan proaktif MAB dalam membina infrastruktur berskala dan sedia masa hadapan yang melengkapkan individu OKU penglihatan dengan kompetensi relevan industri dan kebebasan ekonomi jangka panjang.

Ketika menyampaikan ucapan khas Perdana Menteri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Sri Hajah Nancy Shukri mengetengahkan legasi pencapaian MAB yang berterusan, di samping menegaskan komitmen Kerajaan terhadap kerjasama strategik.

“Pertama, MAB merupakan penggerak utama bagi warga OKU penglihatan yang menyatukan suara mereka dalam penggubalan dasar, advokasi, serta penyampaian perkhidmatan.

“Kedua, penubuhan Kompleks MAB yang menjadi ruang menimba ilmu, tempat mencari rezeki, dan pusat menyemai harapan dan ketiga, inisiatif penjagaan mata menerusi penubuhan hospital mata pada tahun 1986 yang akhirnya diiktiraf sebagai Hospital Mata Kebangsaan.

“Segala kejayaan ini tidak datang secara kebetulan. Ia merupakan hasil dedikasi selama 75 tahun oleh barisan kepimpinan, warga kerja, sukarelawan, para penderma, dan yang paling utama, warga OKU penglihatan itu sendiri.

“Kerajaan sentiasa meletakkan nilai keprihatinan, ihsan, dan keterangkuman sebagai teras pembangunan negara.

“Namun, usaha ini tidak mampu digalas bersendirian. JKM menyantuni kelompok sasar yang amat luas, termasuk kanak-kanak, warga emas, keluarga yang berdepan kesempitan hidup, serta golongan orang kurang upaya.

“Setiap kelompok ini mempunyai keperluan tersendiri. Justeru, JKM amat memerlukan rakan strategik seperti MAB,” jelasnya.


75 Tahun Pembinaan Negara dan Perkongsian Strategik

MAB ditubuhkan pada 21 November 1951 atas inisiatif Mejar D.R. Bridges, seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kehilangan penglihatan akibat Perang Dunia Kedua.

Usia MAB melebihi kemerdekaan negara. Kini, lebih 71,000 rakyat Malaysia berdaftar sebagai orang buta atau cacat penglihatan, manakala kadar kelaziman Kementerian Kesihatan menganggarkan hampir 700,000 individu di negara ini mengalami ketidakupayaan penglihatan.

Perkembangan MAB daripada sebuah inisiatif kebajikan kecil-kecilan kepada sebuah institusi nasional bebas, dengan penubuhan hospital mata pada tahun 1986 (yang kemudiannya diiktiraf sebagai Hospital Mata Kebangsaan) serta pembukaan Kompleks MAB pada tahun 1997 dengan sumbangan pembiayaan 50 peratus daripada Kementerian Kewangan menegaskan peranan penting yang dimainkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai rakan pembangunan negara di bawah kerangka Malaysia MADANI.

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Presiden MAB, YAM Tan Sri Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar berkata pad ketika negara masih belum mencapai kemerdekaan, para pengasas kami sedar bahawa golongan orang buta berhak mendapat lebih daripada sekadar simpati dan bantuan amal.

“Mereka berhak memperoleh pendidikan, peluang, maruah diri, serta keupayaan untuk berhidup secara berdikari.

“Kami amat menghargai pengiktirafan daripada pihak Kerajaan bahawa organisasi seperti MAB bukanlah sekadar penerima bantuan, tetapi merupakan rakan strategik dalam menyampaikan perkhidmatan, membangunkan keupayaan, serta memajukan hak dan kepentingan golongan orang kurang upaya,” ujarnya.

Menyahut semangat tanggungjawab sosial yang dikongsi bersama ini, Tetamu Kehormat, YB Datuk Seri Nancy Shukri, turut memuji legasi kerjasama MAB selama 75 tahun bersama kerajaan.

“Selama 75 tahun, MAB telah memainkan peranan penting dalam memperkasa rakyat Malaysia OKU Penglihatan melalui pemulihan, pembangunan kemahiran, pekerjaan, dan advokasi.

“Kerjasama erat MAB dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah kerjasama strategik yang amat dihargai dalam membina masyarakat yang inklusif.

“Dalam semangat Malaysia MADANI, marilah kita terus bekerjasama untuk membina sebuah masyarakat di mana setiap individu dihargai, diperkasa, dan diberikan peluang yang saksama untuk berjaya,” katanya.


Pelancaran Setem Komemoratif MAB

Dalam majlis gala amal ini, YB Datuk Seri Nancy Shukri telah juga menyempurnakan pelancaran Koleksi Setem Komemoratif dan Sampul Hari Pertama Ulang Tahun ke-75 MAB, yang dihasilkan menerusi kerjasama khas bersama Pos Malaysia bagi mengabadikan 75 tahun perkhidmatan kepada negara.

Keseluruhan dana yang dikumpul menerusi majlis makan malam amal ini, termasuk hasil sokongan penaja korporat dan para penderma yang turut diraikan menerusi segmen Diamond Circle of Honour, akan disalurkan terus kepada Tabung Latihan & Pendidikan Jubli Intan MAB.

Melalui model kerjasama ini yang berasaskan kohort, rakan korporat MAB berpeluang menaja kohort latihan yang berasaskan industri, membimbing pelatih secara langsung, serta memantau hasil kebolehpasaran kerja dan keusahawanan mereka.

Majlis turut diserikan dengan tayangan multimedia ‘75 Tahun Penuh Gemilang’ serta persembahan kesenian ‘Artistic Brilliance’ oleh barisan penggiat seni OKU penglihatan.

Ucapan Perdana Menteri yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Nancy Shukri diakhiri dengan seruan tindakan kepada sektor korporat Malaysia untuk memperluas peluang kerjaya inklusif.

“Kepada sektor korporat: sokongan anda kepada MAB bukanlah amal jariah semata-mata. Ia adalah pelaburan terhadap potensi insan.

“Bukalah pintu anda kepada bakat OKU penglihatan. Berikan mereka pekerjaan, latih mereka, dan berikan peluang yang adil.

“Anda akan menemui sifat dedikasi, daya tahan, dan kemahiran yang tinggi dalam diri mereka,” ujarnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement