Laman Utama

“9 Bulan Mengandung, Seumur Hidup Belum Pernah Lagi Ada Anak Haram” - Isteri Ali Puteh Kecewa Difitnah

gempak
Azwa Rahman
23/05/2021
02:58 MYT
Sponsor Banner
“9 Bulan Mengandung, Seumur Hidup Belum Pernah Lagi Ada Anak Haram” - Isteri Ali Puteh Kecewa Difitnah
Isteri kepada pelawak Ali Puteh, Melati Fitri Abdullah meluahkan rasa sedihnya apabila menerima fitnah yang menyatakan dia dan suaminya memiliki anak luar nikah.
Menerusi laman sosial Instagram, Melati berkongsi catatan sedih sebagai penjelasan dan penafian terhadap tohmahan yang diberikan.
“Sejahat-jahat ibu, ibu tak pernah buat seperti yang di hangat-hangatkan sekarang ni. Ibu hanya manusia biasa yang tak lepas dari khilaf tapi janganlah sampai menfitnah ibu, anak-anak dan keluarga ibu sampai begitu sekali.
“Memang ibu akui, ibu sedih sangat, 9 bulan ibu kandungkan anak-anak, susah senang hanya ibu yang tahu, sampai hati orang nak berkata begitu. Seumur hayat ibu belum pernah lagi ada anak haram,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Melati turut tampil mempertahankan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan apabila ada yang membuat tuduhan melampau yang tidak berasas.
“Dan sejahat-jahat suami ibu, dia bukanlah seorang yang kejam. Biasalah manusia mana ada yang sempurna. Tapi janganlah kerana nila setitik, rosak semuanya. Janganlah sebab korang benci suami ibu, korang fitnah, hina, caci maki dia macam tu.
“Cukuplah, cukup. Bagilah kami sekeluarga hidup dengan tenang tanpa cacian, makian daripada kalian semua. Kami sekeluarga tak ganggu pun hidup korang semua. Yang paling sedih, korang cakap anak syurga ibu tu,” jelasnya lagi.
Melati memaklumkan ibunya turut bersedih melihat nasib yang menimpa mereka sekeluarga dan mahu membawa perkara ini ke muka pengadilan.
Malah, dia sedia memaafkan orang yang membuat fitnah tersebut jika si pelaku datang bertentang mata dengannya.
“Korang dah berjaya mengalirkan air mata mama ibu sedangkan anaknya sendiri pun susah nak mengalirkan airmatanya. Tahniah!
“Ibu boleh memaafkan sekiranya pelaku berjumpa dengan ibu. Tak apalah, biarlah kes ini ibu serahkan pada kepada pihak polis untuk selesaikan,” ujarnya.
Untuk rekod, Melati dan Ali berkahwin pada Mei 2016.
Hasil daripada perkahwinan tersebut Ali dan Melati dikurniakan tiga cahaya mata isitu Sharifah Nur Aaira Qaireen, 3, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung serta Syed Umar Iskandar pada tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024