Skip to main content

Selebriti

Netizen ‘Jumpa’ George Russell Versi 30 Tahun Lalu, Rupanya Esma Daniel! – “Kita Sebenarnya Ada George Versi Kita Sendiri…”

Netizen ‘Jumpa’ George Russell Versi 30 Tahun Lalu, Rupanya Esma Daniel! – “Kita Sebenarnya Ada George Versi Kita Sendiri…”

Sekilas

  • Wajah pelakon Esma Daniel mendapat perhatian netizen kerana dikatakan mirip pelumba F1 terkenal, George Russell, terutama pada zaman muda Esma.
  • Perbandingan ini mula viral selepas seorang pengguna media sosial berkongsi gambar kedua-dua figura tersebut dan mendapat sokongan ramai netizen.

     

Advertisement

Wajah pelakon, Esma Daniel menjadi perhatian netizen selepas ada yang menyedari wajahnya dikatakan mempunyai persamaan dengan pelumba Formula 1 (F1) terkenal iaitu George Russell.

Perbandingan itu mula mencuri perhatian apabila seorang pengguna media sosial berkongsi pandangan bahawa Esma seolah-olah merupakan ‘George Russell versi Malaysia’ pada zaman mudanya.

Advertisement

“Kita sebenarnya ada George Russell versi kita sendiri. Tapi 30 tahun yang dulu lah,” tulis individu tersebut.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan dua keping foto iaitu Esma dan Russell bagi tujuan perbandingan.

Ternyata, hantaran individu yang dikenali sebagai Anna Liyana itu turut dipersetujui oleh netizen lain yang mengakui sudah lama menyedari persamaan antara kedua-dua figura berkenaan.

Advertisement

Antaranya:

“Haha! Dari haritu nak cakap juga dia sama dengan Esma Danial tapi maleh nak cari gambar. Thank you tolong suarakann,”

“Sebab tu lah dia juara Hero Remaja 1991. Mesti tersembur abang Esma baca kalauviral muka seiras,”

“Haaa patut macam perasan muka tu iras-iras siapa ekk macam familiar. Ala-ala pelakon melayu, there u are Esma Daniel rupanya, mmg hensem!”

Dalam pada itu, ada juga netizen berseloroh bahawa persamaan tersebut mungkin lebih ketara sekiranya Esma mengenakan kanta lekap dengan warna mata seperti Russell.

“Abang Esma Danial tinggal kena pakai lense sama color macam George je,”

Untuk rekod, Esma Daniel merupakan antara pelakon yang cukup dikenali dalam industri hiburan tempatan dan telah aktif dalam bidang seni sejak era 1990-an.

Sementara itu, George Russell yang juga merupakan pelumba Mercedes-AMG Petronas Formula One Team  merupakan antara nama yang menjadi perhatian peminat F1.

Untuk info, dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) baru-baru ini, Russell yang ketika itu berada di tempat ketiga terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal selepas mengalami masalah unit kuasa.

Russell hanya sempat melengkapkan 49 daripada 55 lap sebelum terpaksa menarik diri, sekali gus menyaksikan peluangnya untuk mengumpul mata penting dalam perebutan kejuaraan dunia terjejas.

Insiden berkenaan turut mencuri perhatian peminat F1 kerana Russell ketika itu berada dalam kedudukan podium sebelum masalah tersebut memaksanya menamatkan perlumbaan lebih awal.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement