Skip to main content

Viral

“Kita Patut Have Fun Daripada Sibuk Jadi Pendengki…” - Azfar Heri

Azfar Heri

Sekilas

  • Azfar Heri tampil mempertahankan kehadiran golongan ‘FOMO’ yang baru mula minat sukan permotoran di perlumbaan Formula 1 baru-baru ini.
  • Beliau mengajak orang ramai melihat perkara itu secara positif kerana ia dapat melahirkan lebih ramai peminat baharu F1 di Malaysia.
  • Azfar juga menganggap perlumbaan tersebut ikonik dan mengajak semua untuk enjoy acara tanpa stres atau negatif.
Advertisement

Pempengaruh, Azfar Heri tampil bersuara susulan tindakan seorang individu yang mempertikaikan kehadiran golongan ‘FOMO’ ke perlumbaan Formula 1 (F1) yang berlangsung baru-baru ini.

 

Advertisement

Menurut Azfar, kehadiran mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan permotoran itu seharusnya dilihat dari sudut positif kerana ia secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai peminat baharu.

 

“Diorang patut gembira sebab ramai datang sokong dan melahirkan ramai peminat baru yang baru belajar tentang F1, termasuk saya yang comel ni.

Advertisement

 

“Dulu masa dia dekat Malaysia, tak semua berkesempatan dan berkemampuan nak pergi. Tambahan pula, kita bangga kot F1 dah kembali dekat Malaysia,” katanya.

 

Pencipta kandungan di media sosial itu berkongsi pandangannya menerusi Threads. 

 

Dalam pada itu, Azfar turut menyifatkan perlumbaan yang berlangsung pada Ahad sebagai ikonik selain mengajak orang ramai menikmati kemeriahan acara tersebut tanpa terlalu memikirkan perkara lain.

 

“Lagipun race semalam (Ahad) ikonik, okay. Come on! Kita patut have fun daripada sibuk nak jadi pendengki.

 

“Hidup jangan terlalu stres, minumlah teh O ais limau,” ujarnya.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Must Watch Video

Advertisement