,
Berita

9 Pawagam GSC Dibuka Semula, Filem Wonder Woman 1984 Jadi 'Sajian' Pertama

ZULHILMI JALIL
08/12/2020
06:10 MYT
Mesti ramai yang dah rindu nak menonton filem bersama insan tersayang di panggung wayang kan? Ini berita gembira buat anda!
Golden Screen Cinemas (GSC) akan membuka semula operasi pawagam mereka di sembilan lokasi di seluruh negara bermula 16 Disember ini.
Bagaimanapun, pembukaan pawagam itu melibatkan hanya di beberapa negeri sahaja iaitu Kedah, Penang, Melaka, Putrajaya, Kuantan, Pahang dan Sarawak.
Jadi, mereka yang tinggal di ibu kota nampaknya perlu bersabar sedikit masa lagi untuk ke pawagam.
Berikut senarai 9 lokasi pawagam terpilih di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang boleh dikunjungi:
1.GSC Aman Central, Kedah 2.GSC Gurney Plaza, Penang 3.GSC Sunway Carnival, Penang 4.GSC Dataran Pahlawan, Melaka 5.GSC AEON Bandaraya Melaka 6.GSC Alamanda, Putrajaya 7.GSC East Coast Mall, Kuantan, Pahang 8.GSC Mentakab Star Mall, Pahang 9.GSC CityONE Megamall, Kuching
Sempena pembukaan semula pada 16 Disember ini, penonton berpeluang untuk menyaksikan filem Wonder Woman 1984.
Bahkan, beberapa filem lain bakal menyusul termasuklah Demon Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba Mugen Train, The Con-Heartist, Seobok, Shock Wave 2 dan Your Eyes Tell.
Dalam pada itu, bagi penduduk di Lembah Klang, dan Johor Bahru, anda masih berpeluang untuk menikmati sajian makanan di Jin Gastrobar di Aurum Theatre di The Gardens Mall, Kuala Lumpur dan The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru bermula 10 Disember ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar