Pelakon Adeline Tsen punyai alasan tersendiri apabila sering dikecam netizen berdasarkan pakaian hariannya yang disifatkan seksi.
Jelas Adeline, 33, dia punyai alasan tersendiri atas caranya berpakaian.
"Mungkin sekarang berat badan saya sudah banyak susut jadi membuatkan saya lebih yakin untuk memakai baju seksi untuk menghadiri majlis.
"Lagipun saya tak nak nampak tua. Ramai yang tak sangka saya sudah menjengah usia 30-an kalau melihatkan penampilan saya ini.
"Saya pun tak adalah nak pakai terlampau seksi sebab saya masih menghormati majlis dan ikut tema yang ditetapkan.
"Sama seperti di media sosial, saya pun berpada-pada kalau nak muat naik gambar sendiri," katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai kecaman netizen, kata Adeline dia sudah lali dan enggan mengambil pusing komen-komen negatif.
"Tak kisahlah apa orang nak kata sebab ayah saya tahu yang anaknya ini masih orang yang sama.
"Jangan menilai luaran tetapi kenal dulu dengan lebih mendalam.
"Jika ada komen yang melampau di media sosial, saya block saja. Lagipun, Instagram sekarang sudah boleh kawal komen-komen netizen," tambahnya.
Amri Hassan
Thu Dec 12 2019
Tarik Minat Pelajar Ke Sekolah, Larrie Sumbang RM68,000 Cat Mural Baharu Di SMK Sungai Choh
LARRIE Corporation Sdn Bhd telah bekerjasama dengan SMK Sungai Choh, Rawang dalam inisiatif pengindahan sekolah di bawah program Jom Kembali Ke Sekolah.
Di Antara Pertalian Darah & Pertaruhan Berani, ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya
Satu keluarga, satu peluang, satu rompakan terakhir. The Experts yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist.
"Nanti Orang Boikot Filem Saya, Rugilah Saya!" - Datuk Ayu Takkan Ambil Artis Bermasalah
Penerbit filem Datuk Rosmarayu Mokhtar enggan memilih pelakon yang terlibat dalam masalah moral untuk membintangi naskhah terbitannya.
Dua Lelaki Bawa Parang Mahu Ceroboh Istana Negara Ditahan
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Terima DM Netizen Kurang Ajar, Amira Othman Simpati Dengan Wany Hasrita - “Kesian, Tak Ada Dosa Pun Kena…”
Penyanyi Amira Othman berkongsi video memperlihatkan rakan baiknya yang juga penyanyi Wany Hasrita membuka mesej peribadi (DM) daripada netizen di Instagram miliknya.
Tak Ada Job, Isteri Terkejut Randy Pangalila Dikejar Pemungut Hutang
Pelakon Randy Pangalila mendedahkan kehidupan dunia glamor tidak membuat dirinya sentiasa dilimpahi wang ringgit atau kemewahan.
"Janganlah Tutup Periuk Nasi Saya" - Ning Baizura
Penyanyi Ning Baizura memohon orang ramai agar tidak terus mengecam dan menuduhnya tidak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku di Palestin.
Uqasha Senrose & Kamal Adli Kongsi Nama Penuh Anak - “Hawra Saya Pilih, Dia Ambil Uqaira…”
Selepas tiga minggu, akhirnya pasangan selebriti Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli berkongsi nama penuh puteri sulung mereka iaitu, Uqaira Hawra.
Pasangan Curang, Ini Respons The Gadys - “Itulah, Tak Semua Perempuan Bijak Kan?”
Kumpulan The Gadys yang dianggotai oleh Ayunie Rizal, Aznie Azmi dan Thamiera Chan berkongsi pendapat mereka mengenai kecurangan pasangan menerusi podcast Syok baru-baru ini.
Mimi Lana Sokong Gerakan Blockout 2024 - “Tapi Jangan Buat Isu Ini Sampai Kita Berpecah Belah”
Sejak beberapa minggu lalu, laman sosial kecoh dengan gerakan Blockout 2024 iaitu memboikot barisan selebriti dan pempengaruh yang dikatakan masih menjalinkan kerjasama dengan produk-produk dikaitkan dengan Israel.