Laman Utama
Abang Long Fadil 3 Lebih Gempak, Lebih Impak & Lebih Aksi!
Lebih gempak, lebih impak, lebih aksi, lebih komedi - tiga elemen luar biasa yang boleh dirumuskan mengenai Abang Long Fadil 3 setelah menyaksikan naskhah arahan Syafiq Yusof itu menerusi acara malam gala yang berlangsung di TGV Suria KLCC, semalam.
Dua penerbit yang mendominasi filem-filem pecah panggung Malaysia, Skop Productions dan Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dan dilihat bersedia mempersembahkan filem terbaharu daripada francais komedi aksi blockbuster nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei.
Selain itu, mutu dan kualiti naskhah yang diterajui oleh Zizan Razak ini boleh dianggap antara yang terbaik pernah dihasilkan di Malaysia, termasuk plot, aksi dan juga keberkesanan lakonan oleh para pelakonnya.
Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, keberhasilan filem berkualiti akan merancakkan lagi persaingan yang sihat dalam kalangan penerbit dan penambahan filem cereka, lantas membuka pasaran yang lebih luas ke negara-negara lain untuk ditayangkan.
“Filem Abang Long Fadil 3 menjadi filem komedi aksi tempatan pertama yang menemui penonton di pawagam selepas dua tahun. Kami percaya genre tersebut masih menjadi genre kesukaan penggemar filem di negara ini.
“Meskipun begitu, filem ini turut dipadatkan dengan naratif, mutu produksi dan elemen fresh agar sekuel ketiga tampil lebih baik serta menarik.
Sasaran kami bukan sahaja ingin menampilkan francais komedi aksi terbaik sepanjang masa, tetapi filem yang dapat meninggalkan impak yang besar dan mampu mempelopori pasaran luar. Kami harap filem ini mampu memberi nafas yang baik untuk industri perfileman tempatan,” katanya.
Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.
Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Manakala runut bunyi bagi filem Abang Long Fadil 3 yang berjudul Payung didendangkan Zizan Razak bersama Elizabeth Tan. Lagu ini turut mengajak penonton untuk turut serta dalam dance challenge lagu Payung di platform TikTok dan peminat bertuah yang terpilih berpeluang untuk hadir ke majlis Mega Fans Screening Abang Long Fadil 3 pada 7 September nanti.
Filem ini turut mendapat tajaan daripada Suria KLCC selaku penaja lokasi bagi Malam Gala Abang Long Fadil 3 di kawasan Esplanade dan di selaras bersama TGV Cinemas. Selain itu, Suria KLCC turut menaja melalui platform promosi LED Skrin di Concourse, digital outdoor screen di Pintu Masuk Ampang, papan tanda digital di sekitar mall Suria KLCC, perkongsian promosi di media sosial dan eDMs (mesej elektronik melalui emel).
Selain itu, kerjasama erat juga terjalin bersama pemamer dan mendapat sokongan padu daripada stesen radio Melayu dan Inggeris Astro, serta portal hiburan nombor 1, Astro Gempak. Manakala, Luckin Coffee turut menyumbang pada Majlis Gala Abang Long Fadil 3.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Must-Watch Video