Tinggal lebih kurang tiga hari sebelum filem arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 3 menemui penonton di pawagam.

Rata-rata memberikan respons positif terhadap sedutan filem yang telah disiarkan bulan lalu, termasuk segelintir penonton bertuah yang berpeluang menyaksikan naskhah berkenaan pada acara malam gala tempoh hari.

Jadi apakah yang membuatkan filem ini istimewa? Menerusi set trivia yang diterbitkan dalam satu kenyataan oleh Astro Shaw, set bagi penggambaran Abang Long Fadil merupakan set terbesar yang pernah dibina untuk filem tempatan. Ia mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan set tersebut.

Penonton turut boleh menyaksikan syot-syot menarik termasuk beberapa babak pertarungan yang dirakam pada set yang telah dibina.

Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.

Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.