Berita ini disampaikan menerusi laman Twitter Filem Kita (@FilemKita) beberapa hari lalu.
Filem #AbangLongFadil (2014) berjaya masuk pasaran home video di Jepun pada Mei 2018. Tajuk ditukar kepada Kung Fu Mafia. Dialog asal dikekalkan dengan tambahan sarikata Jepun. pic.twitter.com/ZJ1b6uYyJO
— FILEMKITA.com (@FilemKita) June 24, 2018
Filem Abang Long Fadil yang diterbitkan pada tahun 2014 ini berjaya memasuki pasaran home video di negara matahari terbit ini pada Mei 2018 oleh Curiouscope.
Tajuk filem ini ditukar kepada Kung Fu Mafia dan dialog asal telah dikekalkan dengan tambahan sarikata Jepun.
#AbangLongFadil (Kung Fu Mafia) diedarkan di Jepun oleh Curiouscope:https://t.co/YKYr0iZqobカンフー・マフィア/
— FILEMKITA.com (@FilemKita) June 24, 2018
DVD: https://t.co/nET9gvcQsr
Trailer dengan sarikata Jepun: https://t.co/eB4jKky8mY
Abang Long Fadil menjadi filem arahan kedua Syafiq dan ia merupakan spin-off kepada filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.

Filem ini menampilkan lakonan hebat Zizan Razak, Kamal Adli, Tauke, Datuk Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Yassin, Allahyarham Harun Salim Bachik dan ramai lagi.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Twitter & YouTube